Mendapat zuriat yang soleh dan solehah menjadi impian ramai pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi, tidak dapat dinafikan, tidak semua pasangan dikurniakan perjalanan yang mudah untuk mendapatkan zuriat.

Gambar hiasan/Unsplash

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Muhammad Fadly Sumarie yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk aplikasi Foodpanda memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan sekeping wang tunai RM5 yang diterimanya sebagai tip untuk penghantaran pesanan.

Apa yang menariknya adalah sebaris ayat yang telah ditampal oleh si pemberi yang meminta doa daripada Muhammad Fadly agar keluarganya dikurniakan zuriat yang sihat tubuh badan dan sempurna sifatnya.

Muhammad Fadly Sum/Facebook

Disebabkan rasa terharu dan terkejut, Muhammad Fadly memutuskan untuk memuat naik gambar wang tunai itu di media sosial miliknya agar doa untuk pasangan yang sedang diuji itu boleh dipanjangkan kepada orang ramai.

Menerusi nota yang ditampal pada wang tunai itu, pemberi tip itu turut memaklumkan bahawa dia turut bersyukur seandainya dia hanya dikurniakan seorang anak sahaja dan ayat tersebut ternyata telah mengundang sebak ramai warganet.

Berdasarkan perkongsian kiriman berkenaan di laman OHBULAN!, dapat dilihat bahawa kiriman tersebut telah meraih sehingga lebih dari 18,000 reaksi, 98 perkongsian dan 831 komen dari warganet yang rata-ratanya turut mendoakan pasangan berkenaan.

Facebook

Facebook

Facebook

Facebook

Diharapkan, segala impian dan doa pasangan berkenaan dimakbulkan dan hajat mereka untuk mengembangkan lagi keluarga mereka tercapai kelak.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular