IZMIR – Seorang budak perempuan telah diselamatkan dalam sisa runtuhan bangunan di Turki selepas empat hari bencana itu melanda Turki dan Greece.

Kanak-kanak terbabit dikenal pasti sebagai Ayda Gezgin, terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan selama 91 jam sejak gempa bumi melanda di Laut Aegea.

Seorang anggota penyelamat, Nusret Aksoy memberitahu bahawa dia terdengar jeritan seorang kanak-kanak sebelum menjumpainya.

Ayda difahamkan dijumpai di sebelah sebuah mesin mencuci pinggan, di bawah runtuhan bangunan di persisir Izmir.

Kanak-kanak perempuan, Ayda Gezgin, yang ditarik keluar dari runtuhan sebuah bangunan 91 jam selepas bangunan tersebut runtuh semasa gempa bumi berukuran 7.0 magnitud, di daerah Bayrakli di Izmir, pada 3 November 2020. (YASIN AKGUL/AFP via Getty Images)

Tambah Nusret, Ayda melambai kepadanya. Dia juga sempat memberitahu nama dan berkata bahawa dirinya berada dalam keadaan yang baik.

Ayda kemudian dibalut dengan selimut termal dan dibawa menaiki ambulans.

Usaha menyelamatkannya dilakukan sehari selepas seorang kanak-kanak berusia tiga dan 14 tahun berjaya diselamat dan dikeluarkan daripada runtuhan.

Pihak United States Geological Survey menilai gmpa bumi itu pada skala 7.0 walaupun agensi tempatan di Turki mencatatkan skala yang lebih rendah.

Google Maps

Sebilangan besar kematian direkodkan dengan hampir 1,000 kecederaan berlaku di Izmir. Sementara kepulauan Samos di Greece pula mencatatkan dua kematian.

Pulau yang berhampiran dengan pusat gempa di Laut Aegean itu turut mengakibatkan 19 individu mengalami kecederaan ekoran bencana itu.

OZAN KOSE/AFP via Getty Images

Pihak berkuasa berkata bahawa individu yang terselamat sedang menerima rawatan di hospital, di mana tiga daripadanya berada dalam keadaan serius.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular