Kita semua pasti pernah mengalami satu perasaan aneh seolah-olah kita sedang diperhatikan oleh seseorang atau sesuatu.

Betapa gementarnya kita pada waktu itu terutamanya jika kita hanya bersendirian dan tidak ditemani oleh sesiapa. Pasti ramai yang teringat akan peristiwa ini dan berharap agar ianya tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Namun, sekiranya kita diberikan pandangan yang tajam oleh kucing peliharaan kita sendiri, kita mula akan terfikir apakah agaknya yang sedang berlegar di dalam fikiran kucing-kucing ini bukan.

Adakah mereka sedang merancang sesuatu yang tidak baik kepada kita? Benarkah kucing ini adalah makhluk kejam yang berselindung di sebalik kecomelan dan kegebuan mereka?

Pets.ettoday

Malangnya bagi pemilik kucing di Taiwan ini, diperhatikan oleh kucing peliharaannya merupakan satu perkara yang dilaluinya hampir setiap hari! Kenali tiga ekor kucing comel yang bernama Wang Lai (1), Da Ji (2) dan Da Li (3).

Menurut pemiliknya, ketiga-tiga kucing ini gemar memberikan ‘renungan tajam’ kepadanya terutamanya pada waktu pagi.

Photoblog

Jelas pemilik kucing tersebut, kucing-kucingnya akan memberikan renungan yang tajam pada setiap pagi sebagai tanda isyarat bahawa sudah tiba masa untuk mereka bersarapan. Selagi dia tidak menghidangkan makanan, selagi itulah kucing-kucingnya akan terus mengiau tanpa henti!

Malah, sekiranya dia terlewat untuk memberikan makanan, ketiga-tiga kucing ini akan mula membuat rancangan untuk menyepahkan rumah kedai tersebut dengan mengoyakkan tisu tandas sebagai tanda protes.

Twitter

“Kadangkala, terdapat pelanggan yang sudah menunggu ketika saya membuka kedai. Jadi, saya tidak sempat untuk ke atas dan menyediakan makanan secepat mungkin. Disebabkan itulah mereka akan terus mengiau tanpa henti atau memberikan renungan maut!”.

Menurut pemilik kucing ini lagi, pada awalnya bahagian panel di siling itu telah tercabut dan hal ini menyebabkan dia menggantikan panel itu dengan panel lutsinar.

Namun, dia tidak menyangka kucing-kucingnya amat menyukai ‘tingkap’ itu dan seringkali mengintai para pelanggan yang memasuki kedai berkenaan.

Twitter

“Saya langsung tidak menyangka mereka sukakannya. Selepas itu, saya menambah satu lagi panel lutsinar supaya kucing-kucing ini tidak berebut ruang masing-masing”.

Perkongsian ini telah mencuri hati warganet yang rata-ratanya jatuh hati melihat kecomelan Wang Lai, Da Ji dan Da Li. Bukan sahaja renungan kucing-kucing ini yang menjadi hiburan tetapi kecomelan dan kegempalan mereka turut membuatkan ramai berasa geram!

Twitter

Kini, Wang Lai, Da Ji dan Da Li telah menjadi salah seekor kucing yang terkenal di media sosial mengikuti jejak langkah bintang terkenal lain seperti Bujibu Chempel, Choupette Lagerfeld, Tardar Sauce dan banyak lagi!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular