Lagi ujian psikologi dari Korea Selatan yang popular dan terkini, tabiat mengecas bateri telefon pintar sebenarnya dapat mendedahkan personaliti anda yang khusus terhadap keinginan mendapatkan cinta dan kasih sayang.

Menurut rutin harian pengguna telefon pintar, anda hanya akan mengecas telefon apabila peratus bateri menunjukkan seperti berikut. 

Paparan Skrin/Instagram

Pilih salah satu sahaja tabiat biasa anda akan mengecas telefon pintar:

A. Mengecas sepanjang masa.

B. Kira-kira 80% sudah mahu mengecas.

C. Kira-kira 50% sudah mahu mengecas.

D. Kira-kira 20% ​​sudah mahu mengecas.

E. Hampir kehabisan kuasa bateri, telefon pintar dimatikan secara automatik sebelum anda mengecas.

Jawapan: 

Analisis Jawapan A

Paparan Skrin/Instagram

Anda seorang yang sangat sensitif dan lembut serta mudah mengenal pasti perkara-perkara indah dalam persekitaran. Anda mahu orang dalam persekitaran ini berasa gembira dan gemar menceriakan suasana bersama orang lain. 

Pada masa yang sama, anda menjadi orang yang boleh dipercayai, dengan rakan-rakan bersedia berkongsi masalah dan kebimbangan bersama anda. Seorang yang rela memberikan segalanya demi cinta dan sentiasa menjaga perasaan pasangan anda.

Anda memiliki sifat empati dan pemikiran yang matang, memahami watak pasangan juga saling mengenali serta menghargai hubungan sehingga ke usia tua.

Analisis Jawapan B

Paparan Skrin/Instagram

Terdapat perbezaan yang besar dengan pemikiran anda secara dalaman dan luaran. Anda boleh jadi sangat berhati-hati, memperhatikan butiran kecil, mempunyai kemahiran analitikal luar biasa, dan bersemangat dalam semua perkara. 

Walaupun menjadi seorang dengan personaliti yang mungkin sukar difahami, anda merupakan ahli kumpulan yang sangat diperlukan. Anda akan menunjukkan minat dan perasaan terhadap pihak lain bersama komitmen menurut kesesuaian dan kepentingan.

Anda akan menjadi kekasih yang matang, sederhana serta bersahaja menurut keselesaan dan keserasian yang terbaik buat diri anda.

Analisis Jawapan C

Paparan Skrin/Instagram

Anda memiliki kepelbagaian personaliti dalam pelbagai aspek dan amat mewah dengan pemikiran, tetapi jarang menunjukkan kepintaran anda di khalayak ramai. Anda hanya akan menunjukkan bakat itu pada ketika masa yang sesuai. 

Keperibadian yang misteri ini akan menarik perhatian orang lain untuk mengenali anda. Rakan-rakan juga menganggap anda sebagai seorang yang setia dan jujur. Dalam hubungan cinta, anda sangat mudah jatuh cinta dengan orang lain dan bersedia menerima segala-galanya yang diberikan pasangan, jadi anda juga seorang yang mudah menerima derita dan sengsara.

Sebaiknya anda dapat mengenali seseorang yang dapat menghormati dan menyokong anda tanpa syarat, yang tidak mengambil kesempatan dengan kesetiaan hati anda.

Analisis Jawapan D

Paparan Skrin/Instagram

Anda adalah orang yang memahami diri sendiri dan orang lain dengan baik. Anda sangat berminat dengan pemerhatian emosi, yang nampaknya dapat menilai perasaan dan hati orang lain dengan baik. Setiap kali rakan-rakan menghadapi masalah, mereka akan bercakap dan meluahkannya kepada anda. 

Ketika bercinta, anda boleh menjadi pasangan yang dilamun cinta sehingga sanggup melakukan perkara dungu dengan sedikit kekok, berpura-pura berani dan tidak peduli di hadapan orang yang anda suka. Sebenarnya, anda memerlukan orang sekeliling yang boleh dipercayai dan memuaskan hati sendiri.

Analisis Jawapan E

Paparan Skrin/Instagram

Anda memiliki personaliti berganda, bersifat dingin dan hangat, suka bersendirian, tetapi bersedia untuk berseronok dengan orang lain, dengan sikap yang sukar untuk diramalkan. Anda akan tenggelam atau hanyut dengan perkara-perkara yang anda gemari, jadi anda terus bekerja keras menjangkaui keupayaan orang lain. 

Tumpuan dan kerja keras anda terhadap sesuatu akan menjadi daya tarikan dengan perasaan mengambil berat anda akan mendapat kepercayaan orang lain. 

Dalam perhubungan, anda seorang yang sangat menghormati emosi serta menghargai minat pihak lain, kerana anda juga merupakan seorang yang mudah menumpukan tenaga terhadap perkara yang anda gemari. Jadi, apabila anda bertemu dengan orang yang berfikiran sama, anda akan mudah jatuh cinta.

Unsplash/Gambar Hiasan

Adakah analisis ini sama menepati dengan gambaran personaliti anda?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular