CHINA – Seekor lintah gergasi difahamkan telah dikeluarkan daripada trakea seorang budak lelaki, setelah lebih setahun individu itu menderita sakit tekak.

Budak lelaki berusia 5 tahun berasal dari Linzhang, Selatan China itu sebelum ini mengadu sakit tekak teruk, sesak nafas dan berdengkur ketika tidur.

Daily Star

Temu janji doktor telah dibuat dan hasilnya mendapati bahawa terdapat seekor lintah gergasi yang tersangkut pada trakea budak lelaki berkenaan.

Berikut rakaman semasa pembedahan yang menunjukkan petugas kesihatan memasukkan sejenis alat sebelum menarik keluar lintah sepanjang 2.8 inci tersebut.

Jelas doktor, lintah itu berkemungkinan memasuki saluran trakea budak terbabit ketika dia meminum air yang tidak dirawat.

Berdasarkan laporan, agak mustahil lintah berkenaan boleh hidup di dalam tubuh manusia dalam tempoh yang lama.

Daily Star

Dalam pada itu, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 80% penyakit seperti hepatitis A, polio dan kolera adalah berpunca daripada meminum air kotor.

Di kebanyakan kawasan di China, penduduk tempatan disarankan untuk menjerang air terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Foto hiasan/Pixabay

Sebelum ini pada April lalu, seorang budak lelaki 9 tahun dari China juga telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan lintah dengan panjang 2 inci daripada hidungnya.

Lintah merupakan sejenis parasit yang mempunyai keupayaan sedutan yang kuat hingga membolehkan dirinya melekat pada permukaan lembap dan memakan darah.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular