Apalah ertinya kehidupan jikalau tiada gurau senda sesama insan, bukan? Terutamanya jika bergurau dengan rakan, lebih bermaknalah kehidupan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter, di mana seorang pemuda dipercayai bergurau bersama rakannya menggunakan lipas mainan.

Ramai yang bencikan lipas bukan? Samalah seperti individu di dalam video pendek berdurasi 15 saat di bawah ini.

Berdasarkan video di atas, kita dapat lihat sekumpulan lelaki yang berada di luar rumah. Pada ketika itulah, salah seorang daripada mereka mula mengenakan rakannya.

Lelaki terbabit dilihat meletakkan lipas mainan tersebut pada leher salah seorang rakannya. Dengan pantas lipas mainan itu dibuang oleh rakannya itu ke lantai.

@mohdfairuzzz/Twitter

Namun sebaik sahaja lelaki tersebut mahu mengambil kembali lipas mainan itu, ternyata lipas itu bergerak. Ya, itu bukanlah lipas mainan yang dicampak sebentar tadi!

Itulah, mahu kenakan orang sangat sebaliknya diri sendiri yang terkena! Lebih melucukan lagi apabila lelaki tersebut berasa terkejut hingga melompat.

Video tersebut ternyata menceriakan pengguna di Twitter dan rata-rata mereka turut meninggalkan komen.

@mohdfairuzzz/Twitter

Aduhai, terhibur betul melihatnya! Lain kali jangan dibuat main lipas ini ya…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular