Kucing merupakan antara makhluk Tuhan yang mempunyai reputasi tidak begitu menghiraukan manusia, termasuklah pemilik mereka.

Mereka lebih gemar bersendiri dan mereka adalah haiwan yang penuh dengan misteri. Sukar sebenarnya untuk kita benar-benar memahami mereka.

Namun sebagai pemilik kucing sejati, pasti seseorang itu akan dapat ‘merasai’ jika sesuatu berlaku pada kucing kesayangan, seperti selebriti Sufi Rashid ini.

Berkongsi tentang kisah tersebut, Sufi menceritakan menerusi laman Facebooknya bahawa kucingnya secara tiba-tiba tidak memunculkan diri ketika dia mahu memberi makan.

Jauh disudut hati, Sufi telah merasai bahawa kucing kesayangannya yang bernama Cody itu berada di dalam sofa lama yang sudah pun digantikan dengan sofa yang baru.

Jelas Sufi yang ketika itu sedang memandu kenderaannya menuju ke lori terbabit, koyakan pada bahagian belakang sofa lamanya itu membolehkan Cody memasuki sofa tersebut.

Lebih malang lagi, sofa lamanya itu sudah dialihkan dan pada ketika itu, sedang dibawa menaiki lori ke Ampang.

Pemandu lori ketika diminta untuk memeriksa sofa tersebut, mendapati bahawa sememangnya Cody berada di dalamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sufierashid on

Semasa sofa lamanya itu dialihkan, Cody langsung tidak memberikan sebarang tanda bahawa dirinya berada di dalam sofa. “Masalahnya dia (Cody) tak gerak pun dalam sofa tu”.

“Cody.. Cody.. Tak tentu pasal daddy kena ambil kau kat Ampang”, kata Sufi. Tambahnya, kucingnya itu langsung tidak pernah keluar daripada rumah dan mungkin sedang dalam ketakutan pada ketika itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sufierashid on

Sufi menjelaskan bahawa lubang pada sofa tersebut merupakan tempat kegemaran Cody namun sudah lama juga Cody tidak memasukinya.

Sufi Rashid/Facebook

Tidak beberapa lama kemudian, Sufi akhirnya tiba ke lokasi lori tersebut. Sebaik sahaja Cody melihat ‘bapanya’, kucing bertuah itu lantas datang ke arahnya.

Kasihan betul! Nasib menyebelahi Cody, di mana akhirnya Sufi berjaya mengambilnya semula. Jika tidak, tidak tahulah apa yang terjadi pada Cody.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sufierashid on

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular