Tahun ini, virus Parti Komunis China (PKC) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia sementara PKC memutuskan untuk menyembunyikan keadaan sebenar yang berlaku di China, sehingga menyebabkan kerugian yang tidak terhitung jumlahnya kepada seluruh dunia.

The Epoch Times merujuk kepada novel coronavirus yang menyebabkan penyakit COVID-19 sebagai virus PKC kerana penyembunyian dan salah urus Parti Komunis China mengakibatkan virus ini merebak ke seluruh China dan menimbulkan wabak global. (NIAID-RML)

Sehingga 19 September, 2020, virus PKC telah merebak ke hampir seluruh dunia, dengan lebih dari 30 juta orang dijangkiti dan lebih dari 960,000 kematian berkaitan penyakit yang disebabkan oleh virus PKC ini. Bagaimanapun di China, PKC menyatakan bahawa jumlah rekod kematian rasmi berkaitan jangkitan virus PKC hanyalah sebanyak 4,744 orang sahaja, sedangkan ramai penduduk China percaya bahawa jumlah kematian sebenar adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada rekod yang diuar-uarkan itu.

Menghadapi kerugian besar dan kehancuran ekonomi, pemerintah dan rakyat dari berbagai negara dengan pantas perlu memikirkan hubungan antara wabak virus PKC dan Parti Komunis berkenaan, dan tindakan yang harus dilakukan oleh individu dan negara untuk mengelakkan penularan wabak itu dan dalam masa yang sama menyelamatkan diri masing-masing.

Sejarah gelap Parti Komunis saling berkaitan dengan perang, kebuluran, wabak, dan kematian. Siri editorial Epoch Times “Sembilan Ulasan mengenai Parti Komunis” menyatakan bahawa “intipati komunisme adalah iblis yang jahat” yang tujuan utamanya adalah untuk menghancurkan umat manusia. PKC adalah pertubuhan terbesar yang berpaksikan iblis ini.

Kezaliman PKC selama 70 tahun telah membunuh kira-kira 80 juta orang China dan memusnahkan budaya dan moral tradisional Cina. Dalam 30 tahun yang lalu, dari insiden pembunuhan beramai-ramai pelajar pro-demokrasi di Dataran Tiananmen pada tahun 1989, hingga ke penganiayaan berterusan terhadap para pengamal Falun Gong yang dimulai pada tahun 1999, penindasan dan penyelewengan terhadap penduduk China telah memberi kesan yang besar kepada PKC, begitu juga dengan penduduk di dunia yang telah membenarkan atau membiarkan penindasan ini berlaku.

Selama hampir 40 tahun, PKC telah menggunakan insentif ekonomi dan globalisasi untuk meletakkan negara-negara lain di bawah pengaruh Parti Komunis. Pengaruh PKC di luar sempadan China tersebar luas dalam bidang politik, ekonomi, budaya, dan pendidikan.

Contoh operasi pengaruh ini termasuklah program Institut Confucius, Belt and Road Initiative (BRI), dan syarikat telekomunikasi gergasi Huawei. Dengan melibatkan rakyat dan pemerintah dalam sistem kepentingan ekonomi, PKC memimpin mereka untuk menyebarluaskan ideologi ateisnya, bertoleransi dengan pemerintahan zalimnya, dan mengkhianati konsep ketuhanan.

Nasib malang pasti menimpa negaranegara dan wilayah-wilayah yang banyak melibatkan diri dengan PKC dan menyokong mereka. Penyebaran virus PKC tela menular di seluruh dunia melalui negara, bandar, organisasi, dan bahkan individu yang berkait rapat dengan PKC.

Bandar New York adalah kawasan panas di Amerika Syarikat

Sehingga 19 September, terdapat sebanyak 6,967,389 kes yang disahkan dan 203,824 kematian di Amerika Syarikat. Dari jumlah keseluruhan tersebut, Bandar New York mengalami serangan keras dari virus PKC dengan jumlah kes kematian yang paling tinggi di A.S. iaitu sebanyak 33,170 kes.

Sejak lawatan Presiden Richard Nixon ke China pada tahun 1972, Amerika Syarikat telah memberikan sokongan kritis kepada PKC dalam pelbagai bentuk seperti sokongan dalam bidang politik, hal ehwal ketenteraan, diplomasi, ekonomi, kewangan, pendidikan, serta sains dan teknologi. Kemudian, ketika Amerika Syarikat membantu China untuk menjadi anggota Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), mereka telah memberikan PKC akses kepada masyarakat antarabangsa dan menyebabkan sejumlah besar kekayaan Barat dipindahkan ke China, yang seterusnya menjadikan China sebagai “kilang dunia.”

Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penilaian semula hubungan antara Amerika Syarikat-China dilakukan, ketika para ahli politik, pegawai dan pemikir Amerika Syarikat menyedari peranan yang dimainkan oleh mereka dalam membangunkan China untuk kepentingan Parti Komunis tersebut.

Seorang pegawai polis paramiliter China sedang memberi isyarat ketika mengawasi pintu masuk ke Kota Larangan ketika dibuka kembali kepada pengunjung yang terhad di Beijing, China, pada 1 Mei 2020. (Kevin Frayer / Getty Images)

Tanpa bantuan Amerika Syarikat, dan tanpa sokongan yang begitu banyak dari syarikat multinasional, syarikat gergasi berteknologi tinggi, dan kumpulan kewangan yang besar, PKC tidak akan dapat berkembang dengan cepat dari sebuah rejim di ambang keruntuhan ekonomi kepada hegemoni yang baru muncul yang mampu mencabar Amerika Syarikat.

Sebagai metropolis No. 1 di dunia, Bandar New York adalah pusat global untuk ekonomi, kewangan, perdagangan, dan media. Bandar ini juga merupakan lokasi markas PBB dan mempunyai pengaruh besar terhadap politik, pendidikan dan hiburan global. Dengan status dan pengaruhnya yang istimewa, Bandar New York telah memainkan peranan utama dalam membantu PKC mencapai agenda dan memajukan kepentingannya.

Wall Street, yang mewakili modal kewangan Amerika, telah memberikan dana kepada PKC selama bertahun-tahun lamanya dan telah menjadi pembiaya di belakang tirai bagi membantu rejim komunis China terus kekal sehingga kini.

Bendera A.S. dipamerkan di luar Bursa Saham New York di New York pada 9 April 2020. (Kena Betancur / Getty Images)

Dengan usaha China untuk terlibat dalam bidang ekonomi, kewangan, perdagangan, media, budaya, pendidikan, dan bidang lain di New York, serta masyarakat Cina-Amerika, PKC telah menyalurkan kembali kekayaan dan teknologi ke China.

Sambil mengeksport ideologi dan penyalahgunaan hak asasi manusia ke dunia, China berusaha untuk merebut kepemimpinan dunia dan mencabar Amerika Syarikat.

Faktor-faktor ini seterusnya telah membuat New York menerima serangan keras dari virus PKC.

Situasi yang membinasakan di Iran

PKC menganggap Iran sebagai rakan seperjuangan yang akrab. Walaupun jumlah rasmi kes dan kematian yang disahkan di Iran tidak setinggi seperti kes dari beberapa negara lain, para penganalisis percaya bahawa angka jangkitan di Iran tidak banyak dilaporkan. Sama seperti PKC, rejim pemerintah Iran mungkin menyembunyikan skala sebenar jangkitan yang berlaku di Iran dalam usaha untuk “menjaga ketertiban sosial.”

Ramai pegawai tertinggi di Iran telah dijangkiti oleh virus PKC, termasuklah timbalan menteri kesihatannya, dan ramai penduduk Iran yang meninggal dunia akibatnya.

PKC telah menyokong Iran selama bertahun-tahun, menawarkan bantuan ekonomi dan senjata. mereka bahkan telah menyediakan teknologi senjata nuklear utama kepada Iran untuk mengancam dan mengekang negara-negara demokratik.

Bagi BRI yang dilancarkan oleh PKC pada tahun 2013 untuk mengeksport hegemoni komunis, Iran adalah hab geografi dan strategik yang penting yang membolehkan PKC menembusi Eropah, Asia, dan Afrika.

Negara-negara BRICS

Kekuatan PKC hari ini tidak dapat dipisahk an dar i sokongan beberapa ekonomi baru muncul terutama BRICS. Kini, keempat-empat negara anggota BRICS Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan berada dalam kedudukan sepuluh teratas negara yang teruk dilanda virus PKC di dunia.

Bekas Presiden India, Pranab Mukherjee didapati positif COVID-19 pada bulan Ogos dan meninggal dunia pada 31 Ogos pada usia 84 tahun. (Getty Images)

Pada 7 September, jumlah orang yang dijangkiti di India telah melebihi 4.2 juta. Kini, India telah mengatasi Brazil dan menjadi negara kedua tertinggi kes jangkitan virus PKC di dunia.

Mengapa wabak di India menjadi begitu teruk? India, sebenarnya masih serius disusupi dan diracuni oleh pengaruh Komunisme pada hari ini. Walaupun kerajaan Modi telah memegang panji nasionalisme sejak 2014, tetapi beliau telah berkompromi dengan PKC pada banyak dasar-dasar utama, dan tidak ingin menjauhi PKC. Oleh itu, wabak pandemik menimpa India dengan teruk.

Bekas Presiden India Mukherjee, yang meninggal dunia pada 31 Ogos kerana jangkitan wabak itu didapati merupakan “peminat” bekas pemimpin PKC Deng Xiaoping. Media “The Times of India” pernah mengulas bahawa Deng Xiaoping merupakan sumber inspirasi Mukherjee dan beliau sering memetik pernyataan Deng. Mukherjee banyak kali melawat China dan bertemu dengan para pemimpin PKC, dan juga mengundang PKC untuk meningkatkan pelaburan di India.

Brazil adalah negara terbesar di benua Amerika Selatan dan selalu ingin menjadi pemimpin serantau. Pada tahun 1993, Brazil adalah negara yang pertama menjalin hubungan “kerjasama strategik” dengan Parti Komunis China. Pada kebanyakan masa, Brazil dan PKC mengambil pendirian yang sama atau serupa dalam kebanyakan isu-isu antarabangsa utama.

Pada 7 Julai 2020, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengumumkan beliau disahkan positif virus PKC. ( EVARISTO SA/AFP via Getty Images)

Walaupun Rusia mengambil langkah pencegahan pada perigkat awal, tetapi ia masih tidak berjaya menyekat wabak dari terus menular. Pada 16 Mac, hanya terdapat kurang dari 100 kes disahkan di seluruh Rusia, tetapi sehingga 19 September, kes jangkitan sudah mencapai 1,097,251 kes.

Sejak berakhirnya Perang Dingin, walaupun perpecahan Kesatuan Soviet, tetapi unsur komunis masih jauh dari dihapuskan di Rusia. Rusia juga telah bersuhabat dengan beberapa perbuatan jahat PKC. Selain daripada itu, Rusia juga memberi sokongan kuat dari belakang terhadap cita-cita PKC untuk mengawal dunia.

Negara-negara di Eropah

Sepanyol adalah salah satu negara yang paling teruk dilanda virus PKC di Eropah. Sehingga 19 September, Sepanyol mempunyai kes jangkitan yang paling tinggi di Eropah, iaitu sebanyak 659,334 kes.

Wabak pandemik yang teruk ini telah memberi amaran kuat kepada Sepanyol bahawa dasar pro-komunis pemerintah telah
membawa malapetaka kepada negara itu.

Sepanyol adalah negara Eropah pertama yang menjalin hubungan ramah terhadap PKC selepas insiden pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada 4 Jun 1989.

Negara-negara utama Eropah seperti UK, Itali, Perancis, dan Jerman juga terjebak dengan penularan wabak virus PKC dan telah mengalami kerugian besar.

Satu persamaan antara negara-negara ini adalah bahawa mereka “rapat” dengan PKC dalam beberapa tahun terakhir. Sebagai contoh, PKC ingin menggunakan teknologi 5G Huawei untuk disebarkan ke seluruh dunia, tetapi UK, Perancis, dan Jerman telah mengabaikan amaran keselamatan dan memberi kebenaran kepada syarikat itu.

Kawasan dengan wabak terburuk di negara-negara ini – London di United Kingdom, Oise di Perancis, dan RhineWestphalia Utara di Jerman – juga didapati menjalin hubungan persahabatan dengan Parti Komunis China.

UK mengalami serangan keras dari virus PKC dengan jumlah kes kematian yang paling tinggi di Eropah, bahkan perdana menteri UK, Boris Johnson juga turut dijangkiti. Setelah keluar dari hospital, sikap beliau terhadap Huawei telah berubah.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson. (Getty Images)

Pada 14 Julai 2020, kerajaan UK secara rasmi melarang Huawei daripada mengambil bahagian dalam pembinaan rangkaian 5G. Kemungkinan wabak pandemik yang teruk ini mendorong Boris Johnson untuk merenung semula sikap dan tingkah laku sebelumnya yang pro-komunis.

Keadaan di negara-negara jiran China adalah berbeza

Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan semuanya berjiran rapat dengan tanah besar China. Jumlah penduduk yang dijangkiti di Hong Kong dan Taiwan jauh lebih rendah berbanding penduduk di Jepun dan Korea Selatan. Perbezaan utamanya adalah sikap negara negara ini terhadap PKC.

Sehingga 19 September, Jepun mempunyai lebih dari 78,000 kes jangkitan yang disahkan, dan Korea Selatan mempunyai lebih dari 22,000 kes jangkitan. Di Hong Kong dan Taiwan pula, yang mempunyai hubungan perdagangan dan ekonomi yang lebih erat dengan tanah besar China, jumlah kes yang disahkan masing-masing dengan 5,010 kes dan 506 kes.

Antaranya, kes terawal yang dikesan di Hong Kong didapati merupakan kes bawaan dari China, dan kemudian orang yang dijangkiti termasuk polis rusuhan dan mereka yang pro-PKC. Sebilangan besar kes di Taiwan juga direkod telah diimport dari luar negara.

Puluhan ribu rakyat Taiwan berhimpun bergabung menentang media yang pro-PKC pada 23 Jun 2019. Tunjuk perhimpunan itu adalah untuk menolak media merah (penyusupan masuk PKC) dan mempertahankan demokrasi negara. (The Epoch Times)

Sejak jalinan hubungan diplomatik dengan rejim PKC pada tahun 1992, Korea Selatan secara beransur-ansur telah memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangannya dengan PKC. Sejak pemerintahan terkini, pemerintah Korea Selatan telah mendekati PKC dan meningkatkan pelaburan dua hala.

Walaupun hubungan antara pemerintah Jepun dengan PKC tidak begitu akrab, namun sebilangan besar syarikat Jepun telah melabur di China, sekali gus menyebabkan mereka bergantung pada PKC dan memindahkan sumber daya penting kepadanya.

Jepun dan PKC telah menjalin sebanyak 256 ikatan hubungan provinsi dan perbandaran yang mesra. Antaranya adalah Hokkaido, Tokyo, Pihak Berkuasa Tempatan Aichi, Pihak Berkuasa Tempatan Kochi, dan kawasan lain yang mengalami jangkitan wabak virus PKC yang serius.

Walaupun Hong Kong dan Taiwan mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang sangat erat dengan China, tetapi penduduk Hong Kong dan Taiwan tidak dibutakan oleh kepentingan kewangan mereka. Pada tahun 2019, rakyat Hong Kong telah melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap penguasaan PKC dan bahkan mempertaruhkan nyawa mereka untuk menentangnya.

Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk yang bertuliskan “ Kezaliman Tidak Pernah Berjaya,” sebagai mesej kepada pemerintah Hong Kong di bawah pimpinan Carrie Lam pada 16 Jun 2019. (Yu Gang /The Epoch Times)

Penindasan brutal terhadap protes Hong Kong menampakkan wajah sebenar PKC dan menyedarkan rakyat Taiwan. Pilihan raya yang diadakan pada Januari untuk pemilihan presiden menggambarkan tekad rakyat Taiwan untuk menjauhkan diri dari PKC. Hasil pemilihan presiden ini seterusnya telah menyelamatkan Taiwan.

Di Taiwan, para penduduk tidak perlu dikuarantin di rumah dan ekonomi mereka tidak digantung, namun jumlah jangkitan dan kematian tetap berada di antara yang terendah di dunia.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memenangi penggal kedua pilihan raya presiden Taiwan pada 11 Januari 2020. Kemenangan ini dilihat sebagai penolakan terhadap pencerobohan rejim Komunis China oleh rakyat Taiwan. (Carl Court / Getty Images)

Kunci kejayaan anti-wabak Taiwan terletak pada ketidakpercayaan mereka terhadap PKC dan keengganannya untuk mengikut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) secara membuta-tuli, yang dikendalikan oleh PKC.

Situasi pandemik di Hong Kong dan Taiwan mengungkap rahsia kejayaan pencegahan dan pertolongan diri semasa penyebaran virus PKC: Hanya dengan menolak PKC, kita dapat menentang virus PKC.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular