Buat pencinta kucing, semua sudah tahu bukan bahawa si comel dengan sifat semulajadi haiwan pemangsa ini memang sukakan kotak. Jika anda beri kotak kepada kucing peliharaan, semakin kecil semakin bagus dan semakin seronok dia mahu bermain di dalamnya.

Kucing peliharaan anda pasti seronok dapat kotak apabila ia akan jadi tempat dia menyelitkan diri untuk bersembunyi dan bermain, paling penting jadi tempat lepak untuk mencuit hati anda dengan pelbagai keletahnya.

Apakes/Facebook

Tambah jika anda miliki kucing oren yang terkenal dengan perangai peliknya, pasti tidak kering gusi anda tergelak melihat keletahnya terutama ketika tiba-tiba melihat dia membuat perkara pelik itu ketika bersembunyi dalam kotak.

Apakes/Facebook

Seperti si oren ini dengan selambanya tiba-tiba teringin pula hendak jadi ‘hole puncher’ atau macam gajet penebuk lubang kertas anda itu, tetapi yang ini dia tebuk lubang di atas kotak yang diberikan kepadanya dengan gigi.

Apakes/Facebook

Mula-mula si comel duduk diam tersorok dalam kotak kerana dia fikir rasa selamat dan seronok menghabiskan masa bersendirian.

Tetapi kemudian si oren tiba-tiba jadi bosan dan mendapat idea untuk menjadi ‘puncher’ dengan menggunakan gigi taringnya yang tajam itu.

Apakes/Facebook

Jadi ‘puncher’ atas kotak ini pasti lebih seronok dan boleh buat diri rasa puas hati kerana dapat asah gigi jadi lebih tajam.

Nasib baik ada gigi tajam, tebuk-tebuk lubang dari kanan ke kiri sampai hujung, serupa macam ‘puncher’ tetapi yang ini paling unik dan tiada dalam pasaran.

Apakes/Facebook

‘Puncher’edisi terhad comel pula hanya dimiliki oleh pemiliknya yang seorang ini sahaja, yang boleh membuat dia tersenyum dan ketawa spontan sepanjang hari, jika dia mahu.

Apakes/Facebook

Bila si oren comel selesai bermain menebuk lubang kotak sebab sudah letih barangkali, maka dia pun mengundur diri dan terus duduk menyendiri dalam kotak untuk berfikir idea apa yang hendak dibuat seterusnya selepas bertukar jadi ‘puncher’ tadi. 

Apakes/Facebook

Pasti akan ada idea pelik yang lain jika dengan kucing oren macam ini.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular