Kucing sememangnya haiwan yang suka melakukan eksplorasi sendiri, tidak seperti anjing yang lazimnya diikat pada tali.

Atas sebab ‘kebebasan’ itulah, mereka kerap kali membawa pulang pelbagai ‘hadiah’ istimewa khas untuk tuan mereka.

Namun di Thailand baru-baru ini, seekor kucing didapati telah hilang daripada rumah tuannya.

Dengan tidak disangka-sangka, kucing itu akhirnya pulang ke rumah dengan membawa hutang piutang!

Kisah itu dikongsikan di laman Facebook, ช้างเผือก dengan kapsyen bertulis, “Pulang semula ke rumah setelah tiga hari dengan hutang. #catslaves”.

Jika dilihat, terdapat kertas kadbod kecil yang dituliskan dengan nota lalu disangkut pada leher kucing itu, khas untuk pemiliknya.

“Kucing anda asyik memandang ikan tenggiri di kedai saya. Jadi saya memberikannya sebanyak tiga ekor – Mak Cik May di lorong nombor 2”.

Inilah wajah si pelakunya. Pandai buat muka simpati ya?

Nota itu turut dilengkapi dengan nombor telefon Mak Cik May serta lokasi kedainya agar pemilik kucing bertuah itu dapat melangsaikan hutang kucing kesayangannya.

Patutlah tidak berapa kisah jika tidak pulang ke rumah, rupa-rupanya sudah diberikan ikan oleh orang lain. Kucing bertuah!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular