Perkara paling ditakuti oleh pemilik haiwan adalah kehilangan haiwan peliharaan kesayangan mereka dan buat mereka yang pernah mengalami kisah sedih sebegini, pasti ia akan dikongsikan kepada orang lain, bukan?

Satu situasi yang cukup melucukan telah tular di Facebook baru-baru ini, di mana terdapat satu poster tulisan tangan dikaitkan dengan kehilangan kucing.

Lebih menghiburkan lagi apabila individu yang menulis pada poster itu turut melukis figura kucing itu, sama seperti ciri fizikal kucing terbabit!

“Sesiapa yang kehilangan kucing, boleh datang ke rumah bernombor 807. Kucing itu kelihatan seperti ini”, tulis individu berkenaan dan diakhiri dengan gambar kucing bertuah itu.

Akhirnya, pemilik kucing tersebut yang terlihat poster tersebut datang ke rumah itu untuk ‘menuntut’ kucing kesayangannya.

Memang serupa habis dengan apa yang dilukis..

Kita sedia maklum bahawa kucing dipercayai boleh mencari rumahnya jika mereka hilang namun kajian mendedahkan ia sebenarnya sesuatu yang masih lagi misteri.

Walaupun kucing mempunyai deria yang membolehkannya pulang ke rumah jika tersesar namun itu tidak bermakna semua kucing yang hilang mampu menjumpai jalan untuk pulang semula.

Oleh itu, jagalah kucing anda sebaik mungkin ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular