Kehidupan kita akan jadi lebih bermakna dengan kehadiran haiwan peliharaan, malah haiwan peliharaan juga sebenarnya sesuai dibesarkan bersama kanak-kanak.

Ini kerana terdapat banyak kesan positif dalam membesarkan kanak-kanak bersama haiwan peliharaan di rumah.

Namun lain pula halnya dengan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini. Jelas kita dapat lihat kanak-kanak ‘membuli’ kucingnya.

Crazy Cat Club/Facebook

Kanak-kanak perempuan itu dilihat menyanyi sambil meletakkan bekas pada mulutnya, di mana ia disambungkan dengan tali pada bekas kedua – ditekapkan di telinga si kucing!

Ia sebenarnya merupakan sejenis alat pemancar pertuturan secara akustik yang terdiri daripada tin, cawan kertas atau bekas yang berbentuk serupa dipasang pada kedua belah hujung tali yang tegang.

Crazy Cat Club/Facebook

Alat ini sebenarnya meruapak telefon mekanikal, di mana bunyi akan bertukar menjadi getaran dan membolehkan ianya didengari oleh orang lain.

Mungkinkah kucing tersebut mendengar nyanyian ‘kakaknya’ itu? Anda boleh fokus kepada reaksi mukanya :

Kajian mendapati bahawa kehadiran kucing sebenarnya dapat mengajar kanak-kanak agar lebih bersikap empati dan bertanggungjawab.

Selain itu, kucing juga merupakan sumber ketenangan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kanak-kanak.

Ya dalam kes ini, kucing tersebut sememangnya memberikan sokongan padu pada ‘kakaknya’! Pasrah sahaja mendengar nampaknya..

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular