Sedari kecil lagi, majoriti daripada kita sudah tentu pernah membeli burger yang dijual di gerai tepi jalan bukan? Dulu cuma RM1 sahaja tau!

Ianya agak berbeza dengan hidangan burger di restoran terkenal, di mana burger jalanan ini lebih berperisa, dibaluti telur dan dilimpahi dengan banyak jenis sos.

Nyonya Cooking/Pinterest

Oleh kerana keunikan rasa burger jalanan di Malaysia ini, ia sudah banyak menambat hati para pelancong yang melawat Malaysia.

Terbaharu, ia menarik perhatian seorang pakar burger iaitu George Motz. George juga merupakan penghasil filem dan pengasas Food Film Festival.

First We Feast/Twitter

Beliau difahamkan pernah menghasilkan beberapa jenis burger dan baru-baru ini tertarik dengan rasa burger istimewa Malaysia ini hingga mahu membuatnya.

George juga turut menunjukkan cara beliau membuat burger versi Malaysia daripada mula hinggalah saat beliau merasai sendiri air tangannya.

Anda boleh lihat video penuh di bawah ini :

Ia sudah tentu menarik perhatian ramai, khususnya rakyat Malaysia di ruangan komen YouTube berkenaan.

Betul. Kalau ada perencah Maggi, barulah menjadi burger kita..

First We Feast/YouTube

George benar-benar ‘memahami’ burger versi Malaysia ini nampaknya

First We Feast/YouTube

Rindu pula jiran sebelah kita ini dengan hidangan burger jalanan di Malaysia

First We Feast/YouTube

Ya, ia sememangnya dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat..

First We Feast/YouTube

Terliur pula melihat video George. Ternyata burger versi Malaysia yang sedap ini sudah mendapat tempat di hati bukan sahaja penduduk tempatan malah individu dari luar negara.

First We Feast/YouTube

Oleh itu, berbanggalah dengan pencapaian burger versi Malaysia kita ini ya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular