Sesungguhnya impak COVID-19 itu memberikan kesan mendalam khasnya pada industri penerbangan, di mana ribuan pekerja pelbagai syarikat terpaksa dihentikan.

Baru-baru ini, tular pula kisah yang dikaitkan dengan kakitangan Malindo Airways Sbn Bhd yang ditamatkan perkhidmatan secara rasmi di laman Twitter.

Dengan menggunakan tanda pagar #Malindo, rata-rata bekas kakitangan itu meluahkan rasa sedih mereka, antaranya :

Difahamkan pada 12 Oktober lalu, Malindo telah pun mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja mereka ekoran pandemik COVID-19.

Syarikat berkenaan dipercayai telah memberhentikan lebih kurang 2,2300 staf ataupun lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerja.

Selain daripada itu, jumlah pesawat turut dikurangkan kepada lima buah pesawat jenis Boeing 737 serta enam turboprop ATR.

Langkah pemberhentian kerja kakitangan syarikat ini dijangka selesai pada 30 November kelak. Manakala kakitangan yang tidak terjejas pula difahamkan perlu melakukan pelbagai tugasan.

Awal Oktober lalu, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd telah melakukan pengurangan kakitangan sebanyak 10%.

Jumlah itu telah diberhentikan kerja daripada sejumlah 24,000 kakitangan mereka demi menjaga kelangsungan syarikat itu dalam industri ini yang kian terjejas teruk.

Langkah tersebut harus dilakukan setelah mengambil kira realiti sektor penerbangan yang kini dilihat menghadapi kesukaran untuk pulih dalam waktu terdekat.

Manakala pihak Malaysia Airlines Bhd (MAS) pula dilaporkan akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10% mulai November ini untuk mengatasi impak susulan COVID-19 ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular