Nigel Ng, atau lebih terkenal dengan watak rekaannya di YouTube, Uncle Roger, baru-baru berkongsi kisah peritnya yang diserang secara tiba-tiba ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Kejadian yang berlaku di London itu dikatakan berlaku ketika seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba datang ke arah Nigel dan menumbuk wajah Nigel sehingga menyebabkan lebam di dagu dan sedikit kecederaan di sebahagian bibir Nigel.

@mrnigelng/Instagram

Menurut Nigel, selepas ditumbuk, dia secara spontan terus menyoal penyerang itu tentang dirinya kerana Nigel langsung tidak mengenali lelaki itu.

Dan dengan rasa marah, lelaki itu bertempik, “Kamu tahu apa kamu lakukan! Kamu tahu apa kamu lakukan!”

@mrnigelng/Instagram

Berikutan itu, Nigel menganggap bahawa kejadian yang berlaku itu berkemungkinan besar didorong oleh sifat rasis yang berkaitan dengan Covid.

“Petunjuk menunjukkan bahawa ini mungkin berkaitan dengan serangan rasis terhadap Covid kerana saya tidak mengenali lelaki itu dan saya tidak fikir bahawa dia mengenali saya juga.

“Saya fikir dia hanya cuba untuk menumbuk seseorang yang mempunyai wajah dari Asia…” kata Nigel dalam rakamannya.

@mrnigelng/Instagram

Bagaimanapun, Nigel dalam kiriman story di laman Instagramnya memberitahu orang ramai bahawa dia bersyukur bahawa lelaki yang menyerangnya itu bukanlah seorang pemain gusti, kerana jika tidak, kecederaan yang dialaminya mungkin adalah lebih teruk daripada yang dialaminya sekarang. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NextShark (@nextshark) on

Susulan serangan itu, Nigel telah membuat laporan polis dan turut meluahkan rasa bimbang dan tidak selamat untuk berada di luar rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular