Uncle Kentang, atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng sudah lama terkenal dengan budi baiknya yang membantu ramai rakyat Malaysia yang dalam kesusahan.

Salah-satu bantuan yang dipelopori oleh Uncle Kentang adalah bantuan Rumah RM1 yang menawarkan perkhidmatan sewaan rumah untuk kegunaan pesakit atau saudara terdekat pesakit kanser yang tidak mempunyai ruang untuk berehat semalaman.

Rumah yang lengkap dengan semua perabot asas ini hanya memerlukan bayaran sebanyak RM1 untuk satu malam dan para pelanggan yang berminat (dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan) boleh berhubung dengan pasukan Uncle Kentang di talian 018-2683999.

Menurut perkogsian Uncle Kentang di laman Facebooknya, rumah yang bertempat di Apartmen Pudina, Presint 17, Putrajaya ini juga boleh digunakan oleh pesakit atau saudara terdekat pesakit yang mempunyai urusan di Hospital Putrajaya atau Institut Kanser Negara.

“KAMI benar-benar memahami kebimbangan saudara-mara yang perlu menginap selama satu malam. Semalaman kami cas rm1 sahaja,” tulis Uncle Kentang dalam kirimannya.

Disamping itu, Uncle Kentang dalam kirimannya pada 16 Oktober lalu itu turut memaklumkan bahawa pasukannya turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan secara percuma bagi pelanggan Rumah RM1 yang tidak berkemampuan.

“Untuk (urusan) penginapan, anda hanya perlu memaklumkan kepada unit sosial di hospital dan kami akan mengatur penginapan anda. KAMI ADA BERSAMA ANDA… ANDA TIDAK AKAN BERJALAN BERSEORANGAN…” tambah kiriman itu lagi.

 Ternyata, bantuan yang ditawarkan oleh Uncle Kentang ini sememangnya sangat berharga buat mana-mana keluarga yang kurang berkemampuan dan dalam kesusahan. Semoga dengan bantuan yang diberikan, rezeki dan kehidupan Uncle Kentang semakin baik dan dilimpahkan rezeki yang meluas selalu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular