Seorang anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah selepas kenderaan peronda (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kampung Kangkar Tebrau, Johor pada 6.24 pagi hari ini (1 November 2020).

INFO BERITA SEMASA/Facebook

Menurut sumber ketika kejadian, kedua-dua anggota polis berkenaan sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki oleh dua orang suspek lelaki. Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan peronda telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan kenderaan peronda terbalik.

Kemalangan itu seterusnya telah meragut nyawa seorang anggota polis berpangkat konstabel dan rakan setugas yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail.

INFO BERITA SEMASA/Facebook

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan dalam kenyataannya berkata, tujuh orang anggota serta dua buah jentera Bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.

INFO BERITA SEMASA/Facebook

“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.

“Turut cedera, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz,” katanya.

Tambahnya, anggota polis yang maut kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular