Menu laksa adalah salah satu menu kegemaran ramai penduduk di Malaysia. Tambahan lagi jika ikan yang digunakan masih dalam keadaan yang segar, memang semakin manis rasa kuah laksa yang dihasilkan!

Bagaimanapun, untuk menghasilkan kuah laksa yang tidak berbau hanyir tetapi dalam masa yang sama tetap pekat dan likat bukanlah satu perkara yang mudah.

Puan Ameera, melalui kiriman di laman Facebooknya bagaimanapun ada berkongsi resipi kuah laksa yang tidak akan berbau hanyir, malah dapat dimasak dalam masa 25 minit sahaja. Wah, ini adalah bonus!

Jom ketahui resipinya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Anggaran 1kg ikan kembung

2. 10 tangkai cili kering

3. 2 tangkai cili merah

4. 10 tangkai cili padi hijau

5. 4 biji bawang besar

6. 2-3 inci belacan

7. Segenggam asam keping

8. 2-3 kuntum bunga kantan

9. Segenggam daun kesum

10. Sedikit garam sebagai perasa

Cara-cara memasak:

1. Rebus semua ikan kembung dan buangkan air rebusan selepas ikan masak.

Ameera/Facebook

2. Kisarkan semua ikan yang ditambah dengan air paip di dalam mesin pengisar (tidak perlu diasingkan isi ikan dengan tulang atau kepala ikan).

Ameera/Facebook

3. Tapiskan ikan yang telah dikisar ke dalam bekas. Ketepikan.

Ameera/Facebook

Ameera/Facebook

4. Kisar sehingga lumat bahan untuk menghasilkan sambal (cili kering, cili merah, cili padi hijau, bawang besar dan belacan).

Ameera/Facebook

Ameera/Facebook

5. Masakkan bahan kisar sambal di dalam satu periuk yang besar selama 10 minit (minyak tidak perlu diletakkan).

Ameera/Facebook

6. Tambahkan asam keping di dalam sambal yang sedang dimasak.

Ameera/Facebook

7. Setelah asam keping mengembang dengan elok dan sambal telah menggelegak, tambahkan air tapisan ikan sebentar tadi.

Ameera/Facebook

8. Kacau kuah laksa sehingga sebati sebelum memasukkan bunga kantan dan daun kesum ke dalam kuah laksa.

Ameera/Facebook

9. Tambahkan garam sehingga cukup rasa dan masak sehingga kuah laksa menggelegak.

10. Kuah laksa yang sudah dimasak boleh dihidangkan bersama laksa, telur rebus, timun, salad dan bawang.

Ameera/Facebook

Wah, nampak mudah sungguh resipi ini. Selepas ini, tidak perlu lagi masak kuah laksa sehingga 1 jam! Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular