Kegilaan terhadap keju semakin memuncak pada masa ini apabila kita dapat menyaksikan pelbagai variasi makanan mula dihidang bersama keju. Sama ada keju yang dimasak di dalam makanan mahupun keju yang hanya menyelaputi makanan tertentu, hampir semua orang begitu menggemarinya.

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Walau bagaimanapun, idea seorang pembikin video YouTube dari Korea Selatan, Tasty Hoon, untuk memakan beberapa jenis makanan dengan selaputan keju dari mesin pancuran cecair (fountain) yang lazimnya digunakan untuk salutan coklat, nampaknya menjadi salah-satu mimpi ngeri buatnya.

Kami pasti, apa yang sebenarnya dibayangkan oleh Tasty Hoon adalah untuk menikmati ayam goreng bersama dengan keju dari mesin pancuran seperti ini:

Gambar hiasan/cafe.daum

Tetapi, malangnya, apa yang sebenarnya terjadi adalah sebaliknya.

Pada permulaan video, Tasty Hoon dengan semangatnya menuang bancuhan keju panas ke dalam mesin pancuran dengan harapan agar segala perancangannya menjadi realiti.

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Bagaimanapun, tidak sampai seminit kemudian, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Keju yang dituang ke dalam mesin pancuran itu secara perlahan-lahan telah disedut ke dalam silinder bahagian tengah mesin dan tanpa disangka-sangka, silinder berkenaan perlahan-lahan mula ‘naik’ dan keju yang berada di tiang bawahnya serta-merta melibas-libas Tasty Hoon yang jelas sekali dalam keadaan yang sangat terkejut pada waktu itu!

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Dengan wajah yang sangat ketakutan, Tasty Hoon cuba mengelak libasan keju yang semakin mengganas itu! Lucu betul!

Tidak lama kemudian, Tasty Hoon cuba untuk menahan keju di dalam mesin pancuran itu daripada terus berputar, tetapi malang buatnya sekali lagi, tindakannya itu tidak berjaya malah membuatkan libasan keju menjadi semakin bercabang dan Tasty Hoon hanya mampu ketawa dengan kejadian yang berlaku itu.

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Setelah semua keju habis daripada mesin pancuran, Tasty Hoon segera mematikan suis mesin itu dan hanya mampu termenung mengenang nasib sambil menitiskan air matanya.

Pasti ini sama sekali bukan apa yang dirancang olehnya, disebabkan itulah Tasty Hoon tidak dapat menahan rasa sebaknya!

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Walau bagaimanapun, Tasty Hoon tidak hanya berhenti di situ, sambil menitiskan air mata, Tasty Hoon terus mengambil ayam goreng yang telah tersedia di hadapannya dan mengambil sisa-sisa keju yang terpelanting di atas mejanya lalu memakannya dengan rasa sayu.

Tasty Hoon 테이스티훈/YouTube

Memang kelihatan sungguh kasihan, tetapi dalam masa yang sama agak sukar untuk menahan ketawa melihat tragedi keju ini!

Walaupun segalanya telah berlaku dalam masa yang singkat, tetapi Tasty Hoon tetap tidak berputus asa dengan rakaman videonya pada hari itu, dan siapa sangka, selepas video ini dimuatnaik, video ini menjadi tular dan telah mendapat perhatian ramai warganet di seluruh dunia.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telah meraih sehingga 2,205,055 tontonan, lebih dari 62,000 sukaan dan 9,768 komen dari warganet yang jelas terhibur dengan adegan tidak diduga ini.

Memang lucu betul! Diharapkan selepas ini Tasty Hoon belajar dari kesilapannya dan tidak lagi perlu berdepan dengan adegan ‘libasan’ keju sebegini!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular