Dalam era serba moden kini, pilihan pembayaran tanpa tunai tidak dapat dinafikan menjadi semakin terkenal dan berupaya memudahkan ramai pengguna.

Bagaimanapun, walaupun pilihan ini semakin mendapat tempat di kalangan penduduk di Malaysia, namun masih ramai lagi peniaga yang tidak menyediakan perkhidmatan ini, terutamanya bagi peniaga kecil di kaki jalan.

Gambar hiasan/Unsplash

Seorang pengguna laman Twitter, Farah Fauzi, bagaimanapun telah membuka mata ramai penduduk di Malaysia selepas kirimannya yang menunjukkan seorang mak cik yang meniaga nasi lemak dan kuih-muih di kaki jalan di Putra Heights turut menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai di gerainya.

“Mak cik nasi lemak (ini) sungguh canggih. Membuatkan pengalaman membeli menjadi lebih mudah untuk pelanggan yang tidak membawa wang tunai (SEPERTI SAYA)” tulisnya dalam kiriman itu.

@_FarahFauzi/Twitter

Menerusi kirimannya yang dimuat naik pada pagi 28 Oktober lalu, dapat dilihat bahawa mak cik yang meniaga makanan sarapan pagi itu turut menyediakan banyak pilihan pembayaran secara dalam talian seperti melalui aplikasi Maybank, Whatsapp, e-Dompet Touch n’ Go dan Boost.

Meriah betul pilihan yang ditawarkan!

@_FarahFauzi/Twitter

Farah dalam temubual dengan laman SAYS turut mengakui bahawa akses terhadap teknologi terkini juga adalah salah satu faktor penting yang perlu diketengahkan kerana pada masa ini semakin ramai rakyat Malaysia yang menyokong pembayaran tanpa tunai kerana kaedah ini dipercayai lebih selamat dan mudah untuk para pengguna.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman Farah telah meraih sehingga lebih dari 13,000 sukaan, lebih dari 10,300 retweet dan 82 komen dari warganet yang turut teruja dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta ada juga antaranya yang mengharapkan agar semua peniaga boleh menawarkan kaedah pembayaran sebegini.

@_FarahFauzi/Twitter

@_FarahFauzi/Twitter

@_FarahFauzi/Twitter

Sememangnya, penawaran pelbagai kaedah pembayaran yang disediakan oleh mak cik ini mampu menarik ramai pelanggan baharu untuk membeli daripadanya.

Diharapkan, selepas ini semakin ramai peniaga yang boleh memberi pilihan pembayaran yang meluas seperti mak cik ini agar lebih ramai pelanggan boleh membantu ekonomi negara untuk kembali mengembang!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular