Setiap haiwan peliharaan pasti punya ragam dan kerenah tersendiri. Telatah mereka yang selamba juga sering kali buat kita tertawa sendiri. Buat mereka yang punya haiwan kesayangan di rumah pastinya sudah masak dengan kerenah lucu haiwan mereka di rumah.

Si comel dalam video ini juga tidak kurang lucunya apabila gaya tidurnya dirakam oleh pemiliknya yang menunjukkan dia sedang tidur lena. Apa yang melucukan ialah bunyi dengkuran yang dihasilkan. Kalau kita, manusia berdengkur itu adalah perkara biasa terutama jika dalam keletihan. Namun, si comel ini dengan selambanya berdengkur seolah-olah dia lah yang paling penat bekerja.

Facebook

Tidak hanya itu, dengkurannya juga agak kuat dan tidurnya nampaknya begitu lena. Mungkin benar, dia terlalu kepenatan tetapi tidak tahulah kerja apa yang dilakukan sehingga boleh berdengkur begitu sekali.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular