Keropok lekor adalah salah satu menu minum petang yang menjadi kesukaan ramai tidak kira peringkat umur pun. Ditambah pula dengan cicahan sosnya yang pedas dan manis, menu ini memang jelas sekali sukar untuk ditolak!

Ayu Hidayu/Facebook

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda resipi keropok lekor dan sos pencicahnya yang begitu mudah dan ringkas untuk dihasilkan di rumah. Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Ayu Hidayu dan dikongsikan semula oleh kumpulan Juadah Isteri Tercinta di laman Facebook. Jom ketahui resipinya!

Resipi keropok lekor

Bahan-bahannya:

Ayu Hidayu/Facebook

1. 20 ke 25 ekor ikan kembung (ambil isi sahaja)

2. 2 cawan tepung ubi

3. 1 cawan tepung gandum

4. 1 sudu serbuk penaik

5. Sedikit garam

6. Sedikit serbuk perasa

Cara-cara memasak:

1. Kisar sehingga lumat isi ikan dengan sedikit air.

Ayu Hidayu/Facebook

2. Gaul rata isi ikan yang telah dikisar dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, serbuk perasa dan serbuk penaik. Uli adunan sehingga menjadi doh.

Ayu Hidayu/Facebook

3. Uli doh menjadi bentuk memanjang. Untuk mengelakkan doh melekat dengan dulang, sapukan sedikit minyak di permukaan dulang.

Ayu Hidayu/Facebook

4. Rebuskan air di dalam kuali. Selepas air mendidih, masukkan doh keropok lekor dan rebus sehingga keropok lekor terapung.

Ayu Hidayu/Facebook

5. Tos dan sejukkan keropok lekor di dalam penapis.

Ayu Hidayu/Facebook

6. Setelah keropok lekor rebus sejuk, potong keropok lekor mengikut bentuk yang dimahukan dan goreng keropok lekor menggunakan api sederhana.

Ayu Hidayu/Facebook

Untuk sos pencicah keropok lekor yang dijamin memikat pula, ini resipinya:

Resipi sos pencicah

Bahan-bahannya:

1. 3 sudu cili kering yang dikisar

2. 1 cawan air

3. 1 sudu besar cuka masakan

4. 2 sudu besar gula

5. Sedikit garam

6. Sedikit serbuk perasa

7. Seketul gula merah

8. Air asam jawa secukup rasa

9. 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air secukupnya)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung dan masakkan di atas api sehingga campuran sos mendidih.

2. Campurkan bancuhan tepung jangung dan kacau sos sehingga likat.

Nampak mudah dan ringkas betul resipi ini. Apa lagi yang ditunggu? Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular