Pepatah Melayu yang menggunakan anjing dan kucing sebagai dua ekor haiwan yang sering bertengkar mungkin tidak lagi boleh digunakan selepas anda melihat hubungan akrab antara Thor dan Simba (@thor_n_simba).

The Dodo/Facebook

Thor, seekor anjing yang dijaga dari kecil bersama Simba, seekor kucing berwarna jingga yang sangat comel mempunyai hubungan akrab seperti keluarga yang tidak boleh dipisahkan lagi. Mereka membesar bersama sejak Thor masih kecil dan bersaiz lebih kecil daripada Simba.

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

Walau bagaimanapun, kerana sudah terbiasa hidup bersama, mereka berdua seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Dimana sahaja adanya Thor, di situlah adanya Simba. Begitu juga sebaliknya.

Mereka gemar bermain bersama. Berkejaran di padang, bermain di dalam rumah dan ada kalanya, Thor yang nakal gemar mengganggu Simba yang sedang berehat.

The Dodo/Facebook

Hubungan keduanya memang sangat comel!

Menerusi video yang dimuatnaik oleh laman The Dodo di laman Facebook, dapat dilihat bahawa kedua-duanya mula berkawan rapat sejak kecil sehinggalah kedua-duanya dewasa dan saiznya sudah ‘terbalik’.

The Dodo/Facebook

Dahulu ketika kecil, saiz Thor adalah lebih kecil berbanding Simba, tetapi kini setelah kedua-duanya meningkat dewasa, saiz Simba pula adalah lebih kecil, malah jauh lebih kecil berbanding saiz Thor.

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

Walaupun video yang dikongsikan hanyalah berdurasi 3:05 sahaja, tetapi penonton dengan jelas dapat melihat keakraban dua ‘beradik’ ini. Kami pasti, pemilik Thor dan Simba ini adalah antara insan yang paling bahagia sekali kerana kedua-dua haiwan peliharaannya saling sayang-menyayangi dan tidak bertengkar sesama sendiri.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman oleh The Dodo ini telah meraih sehingga lebih dari 3,000,000 reaksi dan lebih dari 203,000 komen dari warganet.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular