Anda sekeluarga sudah bosan asyik makan nasi? Apa kata sesekali tukar selera semasa duduk di rumah ini semasa menjamu selera dengan resipi sos ‘black pepper’ atau sos lada hitam yang boleh dimakan bersama kambing, ayam atau daging bakar ala barat.

Resipi sos lada hitam buat sendiri di rumah pasti terlebih sedap dan terjamin pula kebersihannnya, dan yang penting mengikut citarasa anda.

Afy AL Habibi/Facebook

Apa kata anda cuba buat sendiri sos ‘black pepper’ ini di rumah hasil perkongsian resipi Cikgu Afy AL Habibi

RESIPI SOS BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar marjerin Planta
  • 1 ulas bawang putih 
  • 2 tin sos spageti keju
  • 1 sudu besar serbuk keju 
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu besar gula

Afy AL Habibi/Facebook

Cara-cara memasak:

1. Panaskan 1 sudu besar Planta dalam periuk dengan api kecil.

2. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.

Afy AL Habibi/Facebook

3. Masukkan 2 tin sos spageti berkrim keju Prego. Pilih yang tin kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil adalah 250 gram.

Afy AL Habibi/Facebook

4. Tambahkan air suam 1 tin.

5. Masukkan 1 sudu besar serbuk keju (sebagai pilihan, kalau letak lebih sedap).

Afy AL Habibi/Facebook

6. Tambahkan 1 sudu besar kicap lemak manis. Yang ini boleh tambahkan ikut kesesuaian warna, kalau suka kuah lebih gelap boleh tambah lagi. Jangan guna kicap masin.

Afy AL Habibi/Facebook

7. Masukkan 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar.

Afy AL Habibi/Facebook

8. Masukkan 1 sudu besar gula dengan langkah sedikit demi sedikit.

9. Kacau rata dan sebati sehingga sos nampak pekat dan berkilat.  

Afy AL Habibi/Facebook

10. Tutup api.

Sos ‘Black Pepper’ siap tersedia. Ramai yang sudah mencuba dan mengaku rasa sos ini sedap sangat apabila makan dengan ayam, daging dan kambing bakar.

Afy AL Habibi/Facebook

Anda boleh olah sendiri resipi kegemaran disesuaikan dengan rasa sos ‘black pepper’ yang tular ini. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular