Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan hebahan pencarian Nur Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Kuantan, Pahang.

Kehilangan Nur Alif Fitri Bin Irwan Zulaimi dilaporkan kepada pihak polis pada 29 Oktober, jam 11.46 pagi.

Nur Alif Fitri kali terakhir dilihat di No 6, Lorong 14, Perkampungan Sungai Isap Jaya, Kuantan.

Ciri-ciri fizikal Nur Alif Fitri yang berusia 11 tahun digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 130 sentimeter, berkulit gelap, berbentuk badan kurus dengan bentuk telinga capang dan rambut sisir tepi.

Orang ramai yang ada menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Ernee Nadazureen Bte Mohd Nadzir di talian 014-5006802 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5132222.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular