Sir Geoffrey Nice QC, peguam hak asasi manusia Britain terkemuka yang mempengerusikan Tribunal China mengenai penuaian organ secara paksa di China, kini sedang memanggil satu lagi tribunal bebas di London untuk menyiasat sama ada dakwaan pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Parti Komunis China terhadap Muslim Uyghur merupakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) atau jenayah kemanusiaan.

Sir Geoffrey Nice, sebelum ini mengetuai pendakwaan bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic di Tribunal Jenayah Antarabangsa, kini diminta oleh Kongres Dunia Uyghur, sebuah organisasi antarabangsa yang mewakili pelarian dan orang buangan Uyghur, untuk menyiasat dakwaan penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur dan etnik minoriti Turki di Xinjiang, wilayah di barat laut China.

Peguam hak asasi manusia Sir Geoffrey Nice QC berdiri di hadapan kolaj gambar dirinya yang dibuat oleh seorang rakan di rumahnya yang terletak di Adisham, England, pada 2 Sep 2020. (Frank Augstein/AP Photo)

Penganjur tribunal berharap untuk mengadakan dua sesi perbicaraan awam di London pada tahun hadapan, yang masing-masing berlangsung selama beberapa hari. Keputusan perbicaraan dijangkakan pada akhir 2021.

Tribunal bebas sebelum ini yang dipengerusikan oleh Sir Geoffrey Nice adalah Tribunal Bebas Penuaian Organ Secara Paksa ke atas Tahanan Hati Nurani di China atau dikenali sebagai Tribunal China. Pada tahun lalu tribunal mendapati bahawa ‘tanpa keraguan munasabah’ berlaku pengambilan organ secara paksa yang diluluskan oleh kerajaan untuk mendapatkan keuntungan di China selama bertahun-tahun dan ‘pada skala yang signifikan atau ketara’.

Tribunal China mendapati bahawa organ-organ ini bersumber daripada tahanan hati nurani yang dipenjarakan, yang kebanyakannya adalah pengamal Falun Gong.

Penyeksaan dan pensterilan secara paksa.

Anggota keselamatan Uyghur membuat rondaan berhampiran Masjid Id Kah di Kashgar di wilayah Xinjiang barat China, pada 4 Dis, 2019. (Ng Han Guan/AP Photo)

“Pada masa ini, bukti terkuat adalah bukti penahanan dan kemungkinan bukti pensterilan paksa,” kata Sir Geoffrey Nice kepada The Associated Press mengenai dakwaan layanan buruk terhadap etnik Uyghur oleh rejim Parti Komunis China.

Menurut angka yang dikumpulkan oleh Suruhanjaya Kongres-Eksekutif Amerika Syarikat mengenai China dan PBB, seramai 1 juta etnik Uyghur dan etnik minoriti lain dipercayai telah ditahan di kem pendidikan semula di China.

Bekas tahanan Uyghur sebelum ini memberitahu The Epoch Times bahawa mereka menjadi sasaran penyeksaan, dipaksa untuk meninggalkan kepercayaan agama mereka, dan dipaksa untuk berjanji taat setia kepada Parti Komunis China (PKC), sementara ditahan atas alasan yang tidak diketahui di dalam kemudahan yang sesak.

his photo taken on May 31, 2019, shows a Uyghur woman (C) going through an entrance to a bazaar in Hotan, in China’s northwest Xinjiang region. (Greg Baker/AFP/Getty Images)

Sementara wanita Uyghur, telah dipaksa melakukan pensterilan, pengguguran paksa, dan merancang keluarga secara paksa, satu laporan mendedahkan.

Amalan pensterilan yang berlaku didapati telah melanggar Konvensyen Genosid, kata Sir Geoffrey Nice.

Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas empat pegawai China yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uyghur, termasuk Setiausaha Parti wilayah Xinjiang, Chen Quanguo, yang merupakan anggota berpengaruh Politburo, PKC.

Tribunal China

Panel tribunal (L-R) sejarah A.S. profesor Arthur Waldron, peguam Malaysia Andrew Khoo, profesor pembedahan kardiotokrasi Martin Elliott, pengerusi tribunal Sir Geoffrey Nice QC, ahli perniagaan Nicholas Vetch, peguam hak asasi manusia Iran Shadi Sadr, dan peguam A.S. Regina Paulose, di London, pada 8 Dis, 2018. (Justin Palmer/The Epoch Times)

Sir Geoffrey Nice telah memantapkan pengaruh dan kredibilitinya dalam menjalankan kes-kes hak asasi manusia antarabangsa. Tribunal China yang dipengerusikannya melakukan analisis keterangan bebas pertama di dunia mengenai bukti pengambilan organ secara paksa berlaku di China.

Anggota panel antarabangsa mengkaji bukti bertulis dan lisan, termasuk keterangan daripada lebih 50 saksi yang diberikan dalam dua perbicaraan awam pada Disember 2018 dan April 2019.

Pada bulan Jun, tribunal memutuskan penghakiman berdasarkan bukti dan keterangan di London, dengan kesimpulan tanpa keraguan yang munasabah bahawa pengambilan organ secara paksa yang diluluskan kerajaan China ke atas tahanan hati nurani telah berlaku selama bertahun-tahun di China ‘dalam skala yang signifikan atau ketara’, dan masih berlaku sehingga hari ini.

Tribunal mendapati bekalan organ utama datang daripada para pengamal yang dipenjarakan dari kumpulan Falun Gong yang dianiayai. Muslim Uyghur juga ‘berisiko’ dikenakan pengambilan organ secara paksa ketika dalam tahanan.

Tribunal juga membuat kesimpulan bahawa kempen pengambilan organ secara paksa dan berterusan oleh rejim China merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.

Penyokong Falun Gong membantah pengimportan organ manusia dari China ke Austria di Vienna, Austria, pada 1 Okt 2018. (Joe Klamar/AFP/Getty Images)

“Kesimpulan mendapati ramai tahanan yang telah meninggal dunia dengan sebab yang tidak dapat dijelaskan, dengan ramai yang mungkin menderita dengan cara yang sama, dan kita semua hidup dalam dunia di mana terdapat kejahatan melampau mungkin dijumpai,” laporan tribunal setebal 160 muka surat (pdf), termasuk 300 muka surat bahan bukti tambahan.

Falun Gong yang juga dikenali sebagai Falun Dafa merupakan latihan meditasi dan ajaran moral yang berpegang kepada prinsip Sejati, Baik, Sabar telah melalui penganiayaan kejam oleh rejim komunis China selama lebih dari dua dekad.

Ratusan ribu pengamal telah ditahan di penjara, kem tahanan buruh, dan pusat pendidikan semula, di mana ramai yang telah diseksa dalam usaha untuk memaksa mereka meninggalkan kepercayaan, menurut Pusat Informasi Falun Dafa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular