Jatuh cinta merupakan satu perasaan yang terindah dan cukup membahagiakan dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.

Menurut kajian, lelaki mengambil masa selama 88 hari untuk mengucapkan kata-kata cinta pada wanita yang dicintai mereka. Sementara golongan wanita pula mengambil masa sekitar 134 hari.

Ada banyak faktor yang memungkinkan terbitnya rasa cinta dalam diri seseorang itu, seperti kisah cinta antara dua finalis Lagu Cinta Kita ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@naqinasri) on

naqinasri/Instagram

Pasangan berkenaan, Naqi dan Ayuni sebenarnya tidak mengenali antara satu sama lain dan telah digandingkan untuk menjadi pasangan duet dalam pertandingan nyanyian itu.

Keserasian yang wujud antara mereka sekaligus berjaya menjadikan mereka layak bergelar juara dalam program realiti berkenaan.

Dan ‘keharmonian’ mereka bukan hanya setakat di atas pentas sahaja. Dengan tidak disangka-sangka, mereka turut mencintai antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AYUNI SAPUAN (@ayuni.sapuan) on

ayuni.sapuan/Instagram

Setelah menyulam cinta, mereka akhirnya disatukan pada 25 Julai yang lalu. “Alhamdulillah, saya sendiri tak jangka akan menamatkan zaman bujang di usia muda”, kata Naqi.

Tambahnya, hubungan yang terbina di atas pentas sebagai rakan duo kini berlanjutan hingga ke jinjang pelamin. “Inilah yang dinamakan jodoh”.

Selain Naqi dan Ayuni, turut menamatkan zaman bujang mereka juga adalah pasangan finalis lain, iaitu Erul dan Naufa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naufa Tieha (@naufatieha.co) on

naufatieha.co/Instagram

Mereka difahamkan mendirikan ikatan perkahwinan sejurus sahaja tamat program realiti nyanyian berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by erul_omar (@erulomar_) on

erulomar/Instagram

Kini perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama pada bulan Jun yang lalu.

Semoga kedua-dua pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular