FILIPINA – Aplikasi media sosial yang terkenal, TikTok bukan sahaja membawa manfaat kepada pengguna tetapi juga memberi keburukan kepada sesetengah penggunanya.

Baru-baru ini diberitakan seorang kanak-kanak perempuan, Freya, 4, cuba menggantung dirinya sendiri selepas menonton video yang disiarkan di platform tersebut.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut telah memuat naik status di Facebook yang menceritakan mengenai kejadian tersebut. Katanya anak perempuannya hampir menggantung dirinya seperti mana yang ditiru di dalam video TikTok.

Gambar Hiasan/PhotoAC

Dalam perkongsiannya, Mara Ordinario berkongsi bagaimana anak perempuannya cuba menggantung dirinya selepas menonton video percubaan seorang kanak-kanak yang cuba menggantung dirinya.

Freya kemudian cuba meniru aksi kanak-kanak itu dan menggunakan tali langsir di bilik tidur mereka untuk mengikat lehernya. Setelah mengikat lehernya Freya melompat (berkemungkinan dari tempat tinggi) tetapi mujur perbuatannya itu disedari oleh ibunya.

“Syukurlah saya berada di sana ketika kejadian itu berlaku. Saya tidak dapat bayangkan, bagaimana jika saya tidak berada di sana tepat pada waktunya? Bagaimana jika saya sedang membeli sesuatu di luar?”

Mara Ordinario

Mara Ordinario

Ketika menerangkan kepada ibunya mengenai video yang ditontonnya, Freya memberitahu Mara bahawa “seorang kanak-kanak mengikat tali di lehernya kemudian dia menjadi hantu.”

Mara kemudian menasihati orang lain, terutama ibu bapa, untuk memerhatikan anak-anak mereka dengan teliti serta memantau perkara yang mereka tonton di dalam talian.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular