Banyak perkara yang tidak disangka berlaku di sekeliling kita, seperti satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna ini, Heidy Imt di laman Facebook.

Heidy menceritakan pengalaman rakannya, Amanda Choi yang menggunakan khidmat Grab Foob baru-baru ini.

“Dia (Amanda) sedang menunggu Grab Food yang dipesannya dan aplikasi menunjukkan penghantar makanan itu sudah menghampiri rumah Amanda”.

Oleh itu, Amanda kemudian memutuskan untuk menunggu di luar. Namun Amanda terkejut apabila penghantar itu kemudian melakukan pusingan U.

Heidy Imt/Facebook

Sepertinya lokasi penghantar makanan itu menuju semula ke kawasan restoran terbabit. Menyangka penghantar itu tersalah mengambil pesanan, Amanda kemudian mahu masuk semula ke rumah.

Hairannya, loceng di rumahnya kemudian berbunyi dan rupanya penghantar itu telah pun tiba walhal lokasi penghantar itu pada ketika itu masih di kawasan tadi.

“Penghantar Grab Food itu kemudian menjelaskan bahawa ketika dia sudah hampir sampai ke rumah Amanda, telefon bimbitnya telah dicuri”.

Jelas Heidy, penghantar tersebut terpaksa meminjam telefon di pondok pengawal keselamatan bagi membolehkannya menghubungi Grab untuk mendapatkan alamat Amanda.

Heidy Imt/Facebook

“Nama lelaki itu adalah Muhamad Hilmi Othman. Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan kamu”, tulis Heidy yang juga sempat menyarankan agar Grab boleh memberi ganjaran padanya.

Mana tidaknya, kehilangan telefon bimbit ketika bekerja ternyata menyusahkan dan rata-rata kita sudah pasti melaporkan hal itu kepada pihak polis, bukan?

Tetapi tidak bagi Muhamad Hilmi. Atas tanggungjawab dan amanah ketika bertugas, dia mahu menyelesaikan urusan penghantaran pesanan pelanggan terlebih dahulu.

Heidy Imt/Facebook

Dalam satu kemas kini oleh Heidy, perkongsiannya itu telah berjaya mendapat perhatian pihak Grab dan mereka berjanji akan menghubungi Hilmi dalam waktu terdekat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular