Keadaan ekonomi yang mendesak pada masa kini menyaksikan ramai masyarakat di Malaysia yang saling bantu-membantu sesama sendiri untuk menjamin kehidupan yang baik bagi semua orang. Dan dengan hebahan melalui media sosial adalah salah-satu cara yang boleh dimanfaatkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @nuriyliamalek telah memuatnaik sebuah kiriman yang menghebahkan tentang perniagaan kuih-muih yang dijual oleh seorang pakcik di Jitra.

@nuriyliamalek/Twitter

Menurut @nuriyliamalek, pakcik yang berniaga di kaki jalan berhampiran Hospital Jitra itu memutuskan untuk berniaga kuih-muih bagi mengumpul dana untuk pembedahan matanya yang semakin pudar akibat kesan penyakit kencing manis.

Kos pembedahan yang diperlukan oleh pakcik itu adalah sebanyak RM3,000 dan sehingga kini, pakcik itu hanya berjaya mengumpulkan sebanyak beberapa ratus ringgit sahaja.

@nuriyliamalek/Twitter

Berikutan itu, @nuriyliamalek sempat menjemput mana-mana warganet yang melalui jalan tersebut untuk singgah membeli kuih untuk membantu pakcik itu mencapai matlamatnya. Kuih yang dijual oleh pakcik itu pula adalah seperti lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.

@nuriyliamalek/Twitter

@nuriyliamalek/Twitter

Dengan harga yang berpatutan iaitu RM2.00 untuk empat biji kuih, para pelanggan yang singgah bukan sahaja akan mendapat kuih yang enak, malah dapat membantu pakcik ini untuk menjalani pembedahan dengan kadar segera.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 5,300 ulang kicau, lebih dari 4,600 sukaan dan 43 komen daripada warganet yang rata-ratanya mengesahkan keenakan kuih yang dijual oleh pakcik ini.

@nuriyliamalek/Twitter

Diharapkan, pakcik ini dapat mengumpul dana perubatannya dalam kadar yang segera dan kembali menjalani kehidupan seperti sedia-kala. Dan jika anda pergi ke Jitra, jangan lupa singgah membeli dari pakcik ini ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular