Bukan mudah untuk melalui waktu-waktu seperti ini terutama buat mereka yang harus kekal di rumah. Kedengarannya seperti mudah, hanya duduk di rumah namun kesannya lebih daripada itu. Ada yang emosi terganggu kerana terpaksa terus terkurung di rumah, tetapi suka atau tidak, seruan kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 perlu dipatuhi.

Ketika ada antara kita yang merungut kebosanan di rumah, ada pula yang nampaknya sangat seronok meluangkan masa di rumah bersama keluarga. Malah masa yang ada digunakan untuk melakukan aktiviti bermanfaat. Misalnya seperti anak kecil di dalam video ini. Kelihatannya dia sangat senang duduk di rumah kerana dia berpeluang melakukan ‘latihan vokal’ bersama bapanya.

Facebook

Ketika bapanya memainkan piano, dia terus teruja menari dan menyanyi seolah-solah sedang melakukan persembahan penting di khalayak awam. Kesungguhan yang ditunjukkan benar-benar mengagumkan. Sepertinya dia mengeluarkan semua bakat yang terpendam sebaik-baiknya.

Lihat sahaja gayanya menari!

Facebook

Video kanak-kanak comel ini telah dimuat naik ke laman Facebook oleh Donny Pius dan sehingga kini telah dikongsi lebih daripada 5,000 kali dan menerima ratusan komen. Rata-rata netizen Facebook memuji kecomelannya dan apa yang paling penting adalah keyakinannya dalam mempamerkan bakat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular