Kebijaksanaan orang Melayu ‘lama’ dalam senibina sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara lazimnya telah difikirkan terlebih dahulu.

Misalnya adalah senibina Melayu yang memudahkan pemilik rumah untuk berpindah. Dengan senibina rumah tradisional Melayu yang tinggi dan bertiang, selain daripada menyelamatkan rumah daripada bencana alam seperti banjir atau ancaman binatang buas.

Reka bentuk ini juga dapat memudahkan pemilik rumah untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Mia Jumaah/Facebook

Kaedah yang digunakan pula adalah sangat mudah. Pemilik rumah, bersama dengan penduduk kampung hanya perlu sama-sama bekerjasama mengangkat rumah berkenaan untuk dibawa ke lokasi yang diinginkan.

Dan, untuk menggerakkan rumah dengan lebih lancar, ada juga sesetengahnya yang meletakkan kayu-kayan di bawah rumah agar rumah lebih mudah digerakkan. Contohnya adalah seperti di dalam video di bawah:

Mia Jumaah/Facebook

Mia Jumaah/Facebook

Mudah, pemilik rumah juga tidak perlu mengeluarkan kos sewaan lori, atau bersengkang-mata mengemas semua barangan di rumah untuk berpindah!

Perkongsian video ini telah dimuat naik oleh Mia Jumaah di laman Facebooknya ketika penduduk kampung di Batu Pahat, Johor sama-sama bergotong-royong mengalihkan sebuah rumah papan.

Mia Jumaah/Facebook

Menurut Mia Jumaah, proses perpindahan ini hanya melibatkan kira-kira 20 orang lelaki dewasa dan usaha mereka sememangnya membuahkan hasil!

Kebiasaannya, ketika dalam proses perpindahan rumah sebegini, salah seorang daripada peserta akan dilantik menjadi ketua bagi memberi arahan kepada semua orang tentang hala tuju kerja-kerja yang dijalankan.

Mia Jumaah/Facebook

Mia Jumaah/Facebook

Walaupun nampak mudah, sebenarnya tugas ketua ini agak berat kerana arahan yang diberikan perlulah jelas dan difahami oleh semua orang agar proses perpindahan dapat berjalan dengan lancar.

Memang jarang sekali kita menyaksikan aktiviti sebegini tambahan lagi pada waktu kini. Malah, masih ada lagi yang belum mengetahui tentang kewujudan aktiviti ini.

Menarik betul!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular