Bagi pencinta kucing, tidak dapat dinafikan bahawa mereka lazimnya tidak akan memilih untuk melayan semua jenis kucing dengan sama-rata. Walau bagaimanapun, kami pasti, setiap orang pasti ada citarasa mereka tersendiri apabila berbicara tentang kucing.

Gambar hiasan/Unsplash

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan memberikan ujian psikologi yang sangat mudah untuk anda. Dan semestinya soalan yang dikemukakan mempunyai kaitan dengan kucing pilihan anda.

Jom cuba!

Daripada empat jenis baka kucing yang berikut, pilih satu jenis baka kegemaran anda.

A) Kucing biru Rusia (Russian blue cat)

B) Kucing siam

C) Kucing parsi

D) Kucing shorthair (campuran)

Baiklah, jika anda sudah memilih salah satu jenis baka kucing kegemaran, sekarang jom kita ketahui ‘rahsia’ personaliti anda!

A) Kucing biru Rusia (Russian blue cat)

Gambar hiasan/Unsplash

Jika anda memilih kucing berbaka “Russian Blue Cat”, anda lazimnya mempunyai keperibadian yang tenang dan berhati-hati, suka membuat kerja dengan teliti dan teratur, serta dapat mengesan perubahan emosi orang lain dengan pantas, jadi anda sering dapat menangani semua hubungan interpersonal dengan lancar. 

Selain itu, anda juga adalah pembuat keputusan yang sangat bijak. Rakan-rakan dan rakan sekerja anda pula cenderung untuk sangat mempercayai anda!

B) Kucing siam

Gambar hiasan/Unsplash

Bagi anda yang memilih “Kucing Siam”, anda mempunyai keperibadian yang meriah dengan sedikit semangat yang unik, dan anda juga adalah seorang yang lucu. Apa yang anda katakan dan lakukan boleh menceriakan rakan-rakan di sekeliling anda.

Selain itu, anda juga mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan suka mencabar sesuatu yang lain dari yang lain. Secara keseluruhannya, anda adalah seorang yang sangat berkarisma!

C) Kucing parsi

Gambar hiasan/Unsplash

Sekiranya anda memilih “kucing Parsi”, anda mempunyai keperibadian yang lebih tenang dan tidak menyukai persekitaran yang bising. Anda cenderung untuk berdiam diri di sudut atau dengan orang yang anda suka, memerhatikan semua orang secara senyap, jadi orang lain akan merasakan bahawa anda adalah seorang yang misteri.

Pun begitu, sebenarnya, disebalik personaliti yang unik ini, anda adalah seorang yang bersemangat dan sangat mesra.

D) Kucing shorthair (campuran)

Gambar hiasan/Unsplash

Seseorang yang memilih kucing berbaka shorthair (campuran) lazimnya adalah seseorang yang berkeperibadian santai. Sikap anda terhadap sesuatu adalah mengikut arus dan anda akan menyelesaikan masalah apabila tiba waktunya. Anda adalah seorang yang baik hati dan bersikap empati terhadap orang lain, dan anda terbuka untuk menerima pendapat yang berbeza. 

Kadang-kala orang lain akan menganggap anda sebagai seorang yang pemalas, tetapi sebenarnya anda mempunyai rancangan anda sendiri secara senyap di fikiran anda. Secara amnya, anda adalah orang yang sangat mudah untuk bergaul!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular