Kuih bahulu adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang disukai ramai. Pada era 80 ke 90-an, kuih ini seringkali disertakan sekali dalam manisan hantaran yang digubah cantik untuk majlis perkahwinan. Sehingga begitu sekali masyarakat kita menghargai kuih bahulu ini.

Bagaimanapun, pada hari ini, agak sukar untuk kita menghasilkan sendiri kuih bahulu di rumah. Hal ini kerana kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa proses penghasilan kuih ini agak rumit. Tetapi, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda satu resipi kuih bahulu yang begitu mudah, dengan hanya menggunakan tiga bahan, dan mustahil akan gagal!

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish di laman Facebooknya dan telah meraih sehingga lebih dari 1,100 perkongsian, 662 reaksi dan 148 komen.

Jom ketahui resipinya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 1 cawan tepung gandum (boleh juga disangai terlebih dahulu)
  2. 1 cawan gula kastor/halus (boleh dikurangkan sukatan mengikut citarasa masing-masing)
  3. 3 biji telur

Cara-cara memasak:

1. Pukul semua telur bersama dengan gula sehingga kembang dan berwarna putih serta gebu.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil menggaul sebati adunan (gunakan mesin adunan pada tahap 1)

3. Panaskan acuan kuih bahulu di dalam ketuhar sebelum menyapu sedikit minyak masak. Tuangkan adunan separa penuh di dalam setiap acuan.

4. Bakarkan kuih di dalam ketuhar pada suhu 160 selama 20-30 minit atau sehingga kuih bahulu masak.

5. Sebaik sahaja kuih telah masak, segera keluarkan kuih dari acuan dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Untuk bau kuih bahulu yang lebih wangi, anda juga boleh meletakkan beberapa titis esen vanilla.

Nampak menarik betul, sudah lama kita tidak menikmati kuih bahulu yang dihidang bersama teh panas. Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular