Alangkah indahnya dunia jika kita tidak perlu mengeluarkan langsung wang dalam meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini, ada laporan mendedahkan tentang seorang lelaki dari Jepun yang langsung tidak menggunakan duitnya selama 36 tahun!

Sin Chew Daily

Bagaimanakah agaknya ya? Rupa-rupanya lelaki tersebut, Kiriya Hiroshi sebenarnya telah lama melabur dalam pasaran saham.

Ia dimulakan Kiriya semenjak berusia 35 tahun lagi dan kini usianya sudah mencecah 71 tahun. Nilai saham yang dimilikinya juga mencecah 300 juta yen (RM11,800,000).

Untuk pasaran saham di Jepun, terdapat satu sistem khas di mana pelabur akan mendapat pelbagai baucar sebagai satu bentuk ganjaran.

Sin Chew Daily

Setakat ini, Kiriya difahamkan telah melabur di lebih 900 buah syarikat dan sebagai ganjaran, dia diberikan baucar yang menarik pada setiap tahun.

Malah Kiriya juga hanya menunggang basikal sahaja untuk ke mana-mana..

Sin Chew Daily

Menurutnya, dia akan menggunakan baucer dan kupon tersebut bagi membeli makanan dan keperluan harian seperti beras, minyak, pakaian dan kasut.

Dia juga agak tegas dalam membelanjakan baucer, di mana dia tidak akan menggunakannya untuk harga produk yang melebihi nilai baucernya.

Sin Chew Daily

Malah dompetnya juga tidak seperti orang lain, yang dipenuhi dengan wang tunai dan kad, sebaliknya hanya dipenuhi dengan baucar!

Seronok sangat jadi Kiriya, bukan?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular