Menebar roti canai semestinya memerlukan kemahiran tertentu dan bukan semua orang mampu melakukannya.

Individu yang mahir menebar roti canai pun sebenarnya bermula daripada bawah, selain gigih untuk berlatih sehingga berjaya.

Salah satu contoh, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama akaun @facktura ini.

@facktura/Twitter

Mad respect to this gentleman and his skills”, tulis pengguna terbabit dan ia sekaligus meraih perhatian warga Twitter.

Menerusi video terbabit, kita dapat lihat seorang remaja lelaki dipercayai bernama Muiz Ruzaini yang berkongsi perjalanannya sebelum menjadi penebar roti canai yang berjaya.

“Dulu berangan nak jadi seorang penebar roti canai terbang. Selalu try tapi tak pernah jadi”, kongsi Muiz.

@facktura/Twitter

Hal tersebut membuatkannya terus bersemangat untuk cuba terus melakukannya hingga benar-benar menjadi.

Muiz juga mendedahkan bahawa dia kemudian belajar menebar dengan menggunakan kain terlebih dahulu dan setelah itu, barulah diaplikasikan kepada doh.

Tambah remaja gigih itu, dia akan membawa kain ke mana-mana sahaja dia pergi bagi membolehkannya berlatih untuk ‘melembutkan’ tangan.

@facktura/Twitter

Kegigihan Muiz akhirnya membuahkan hasil apabila dia akhirnya berjaya menjadi johan buat satu pertandingan yang dianjurkan di Menara Alor Setar, Kedah.

Ekoran video itu tular maka rata-rata pengguna di Twitter terus teringat pada babak di dalam filem Lagi-Lagi Senario.

@adrujaMK/Twitter

Jika anda masih ingat, watak yang dimainkan Wahid juga berlatih menebar roti canai menggunakan kain di dalam tandas. Dan akhirnya dia juga berjaya menguasai kemahiran itu!

Ramai juga pengguna yang terinspirasi daripada kegigihan Muiz sehingga berjaya menjadi penebar roti canai profesional.

@facktura/Twitter

@facktura/Twitter

@facktura/Twitter

@facktura/Twitter

@facktura/Twitter

Benar-benar mengagumkan. Selamat maju jaya buat Muiz!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular