Adalah sesuatu yang menggerunkan apabila berlaku sesuatu kerosakan mahupun kemalangan melibatkan kipas siling.

Di Singapura pada 28 Oktober lalu, berlaku satu insiden kemalangan melibatkan kipas siling besar di sebuah kedai kopi yang terletak di Tampines.

新马论坛/Facebook

Kipas siling dengan bilah yang besar itu difahamkan telah menyebabkan beberapa orang pengunjung mengalami kecederaan.

Ianya berlaku setelah bilah itu terkena tangga lalu berputar di luar kawalan. Salah seorang mangsa dilihat memegang kepalanya dan turut dibantu oleh pengunjung lain.

新马论坛/Facebook

Kepala mangsa berkenaan didapati berdarah setelah terkena bilah kipas siling tersebut yang dikatakan terlalu besar.

Berdasarkan laporan, pihak Singapore Civil Defence Force (SCDF) telah menerima panggilan meminta bantuan di Blok 201D, Tampines Street 21.

Dua orang mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Besar Changi untuk menerima rawatan lanjut.

新马论坛/Facebook

Seorang saksi yang menghubungi anggota paramedik berkata bahawa dia sangat bernasib baik kerana duduk berjauhan dengan kipas tersebut.

Foto di internet jelas menunjukkan keadaan bilah kipas itu yang membengkok ke bawah. Buat masa ini, tiada sebarang laporan lanjut mengenai insiden ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular