Semua pemandu sudah biasa membayar tol dengan kewajipan itu tidak dapat dielakkan ketika memandu di lebuh raya seluruh Malaysia.

Kadangkala bayaran tol yang dikenakan sedikit mahal di lebuh raya tertentu, namun perkara ini telah menjadi alah bisa tegal biasa.

Walaupun anda sudah biasa, tetapi situasi kurang beradab sesetengah pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan sudah pasti boleh spontan membuat anda tiba-tiba naik angin. Bukan bayaran yang dipersoalkan tetapi sikap mereka.

Taha Khusaimi/Facebook

Bayangkan betapa anda mahu menyumpah atau berzikir sahaja sebagai pemandu, sekiranya diri tiba-tiba terpaksa membayar tol yang mahal sebanyak dua kali angkara tindakan penunggang motosikal yang datang entah dari mana masuk mencelah, lalu mengelirukan sistem tol.

Dalam satu rakaman video dashcam yang dimuat naik di Facebook, kelihatan sebuah kereta melalui lorong Touch ‘n Go di hentian Plaza Tol Kapar, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Taha Khusaimi/Facebook

Kejadian ini berlaku pada jam 7.43 malam 25 Oktober, ketika pemandu sedang berhenti untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di mesin pengimbas dengan bayaran RM1.50 dan selepas itu isyarat pintu tol kelihatan hijau dengan palang dinaikkan, tanda laluan lancar.

Taha Khusaimi/Facebook

Namun dengan tidak semena-mena, secara tiba-tiba dua orang pengguna motosikal dapat dilihat memasuki lorong yang sama dan menyusup keluar secara biadab sebelum kereta ini dapat melepasi lorong yang telah dibayarnya. 

Taha Khusaimi/Facebook

Insiden yang telah menyebabkan sensor di pagar tol itu merakam pergerakan motosikal dan ia segera ditutup secara automatik setelah motosikal tersebut berlalu pergi dengan biadabnya.

Ini menyebabkan kereta tersebut tersekat di lorong miliknya sendiri, bermakna pemandu ini perlu membayar tol sekali lagi untuk meneruskan perjalanan.

Taha Khusaimi/Facebook

Beberapa netizen yang melihat video tersebut memberi komen dengan mengatakan bahawa situasi serupa pernah terjadi pada mereka sebelum ini, dan ramai penunggang motosikal biadab yang seperti ini. Suka melanggar peraturan jalan raya dan terus membawanya ke lebuh raya. 

Taha Khusaimi/Facebook

Tidak mengapalah sesekali menderma bayaran tol buat sesetengah golongan kurang didikan ibu bapa. Fikirkan sahaja bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Taha Khusaimi/Facebook

Berdasarkan kapsyen dalam video dan gambar tular yang dimuat naik di Facebook, motosikal jenis Yamaha LC tersebut bernombor pendaftaran JGT 7254 yang dinaiki dua lelaki berseluar pendek dan tidak memakai topi keledar.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular