Kerap kali gangguan bekalan air melanda terutamanya di negeri Selangor kebelakangan ini, bukan? Naik jelik penduduk tempatan dibuatnya.

Ia sepertinya sudah menjadi kelaziman apabila situasi berkenaan boleh dikatakan tiap-tiap tahun berlaku. Apalah nasib..

Gambar Hiasan

Jadi jika bekalan air sudah kembali pulih, sudah tentunya ia menggembirakan semua! Tetapi jangan terlalu teruja seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini ya.

Video pendek berkenaan jelas menunjukkan seorang wartawan sedang membuat laporan mengenai gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan, sambil membasuh kereta.

@mynocontext/Twitter

Akan tetapi, wartawan tersebut sebenarnya tidak perasan bahawa tingkap belakang pada kereta itu tidak tertutup dengan sempurna.

Dan dengan selamba sahaja melakukan semburan…

Makanya, habislah basah tempat duduk belakang kereta itu agaknya, bukan? Anda boleh tonton videonya di bawah ini :

Pasti rata-rata netizen yang menonton video berkenaan menggeleng-gelengkan kepala dan mahu tahu apa seterusnya yang terjadi.

Adakah wartawan itu bayar ganti rugi kerana sudah membasahkan kereta orang? Tidak dapat dipastikan pula.

Apa yang penting, sentiasa gunakan air dengan bijak dan jangan membazir ya. Hargai setiap titis air yang kita perolehi sekarang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular