Niat ingin bersedekah kepada insan yang tidak berkemampuan, seorang peniaga sushi di Lembah Keramat langsung tidak menyangka bahawa dia akan menerima sambutan yang luar biasa.

Said Muhammad Hafidz difahamkan baru sahaja memulakan perniagaan di hadapan Sekolah Kebangsaaan Lembah Keramat pada Oktober setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

@hafidzshihab/Twitter

Hafidz sebenarnya merancang untuk menjual sushi dengan harga yang sangat berpatutan (RM1), selepas melihat ramai individu mengalami kesukaran terutamanya daripada segi kewangan.

“Setiap hari Jumaat, aku ada 50 ketul sushi untuk disedekahkan bagi yang lapar dan tiada duit”, tulisnya di laman Twitter miliknya.

@hafidzshihab/Twitter

Dia juga meminta kerjasama pengguna di Twitter untuk menguar-uarkan tweet berkenaan agar ianya sampai kepada mereka yang mengalami hari sukar dan teringin memakan sushi.

“Esoknya, saya berjaya menjual 1,000 ketul sushi RM1 saya. Saya tidak pernah sangka ianya akan habis terjual dalam tempoh dua jam! Belum lagi dibuka, ada pelanggan yang sudah menunggu”.

Sambutan yang mengalakkan daripada pelanggan itu akhirnya berjaya menyumbang 350 keping sushi tambahan kepada golongan yang memerlukan.

Hafiz Benshehab/Facebook

“Saya sangat bersyukur kerana ramai yang begitu pemurah, walaupun mereka juga mahu mendapatkan sushi dengan harga yang berpatutan”, kata Hafidz.

Dedah Hafidz, dia tidak menjual sushi dengan harga serendah itu semata-mata ingin mendapatkan keuntungan.

“Sudah tentu saya tidak menjual sushi RM1 untuk mendapat untung. Saya menjualnya bukan untuk jadi kaya. Saya mahu orang ramai dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan”.

Hafiz Benshehab/Facebook

Misi Hafidz seterusnya adalah untuk mengumpul wang bagi membolehkannya memberikan sahaja sushi kepada orang ramai, berbanding menjualkannya.

Semoga dilimpahi rezeki buat Hafidz..

Maybe you're interested :

Share

Video Popular