Selain manusia, haiwan juga berhak diberikan bantuan dan perlindungan apabila mereka berada dalam keadaan kecemasan yang memerlukan. 

Menerusi satu rakaman video yang tular, seorang lelaki bernama arif_fiego telah menunjukkan betapa dia berusaha gigih menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh ke dalam parit dan hampir lemas.

Sebelum itu, Arif dan isterinya telah terdengar bunyi seekor anjing yang bersuara sayu, sambil memandang parit dengan perasaan yang gelisah.

SINAR/Facebook

Anjing itu seakan bersedih sambil mundar-mandir memandang satu objek terapung yang bergerak di dalam parit itu.

Rupa-rupanya apabila Arif dan isterinya memerhatikan, kelihatan seekor anak anjing sedang berada di dalam parit itu, yang sah-sah anak kepada anjing ini. 

SINAR/Facebook

Ibu anjing ini sedang gelisah melihat anaknya yang baru lahir hampir tenggelam dibawa arus air di dalam parit itu.

Arif kemudian memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan anak anjing itu. Lantas dia telah bergegas mengambil pengaut sampah dan sarung tangan dari premis perniagaannya. 

SINAR/Facebook

Dalam rakaman video tersebut, kelihatan Arif berusaha sebaik mungkin demi menyelamatkan anak anjing itu yang kelihatan sudah keletihan dan hampir kehilangan nyawa. 

SINAR/Facebook

Arif telah berjaya mengaut anak anjing kecil berwarna putih itu dan membawanya untuk diselamatkan ke tempat yang lebih hangat.

SINAR/Facebook

Sambil dia terus mengurut dan memicit badan anak anjing itu beberapa kali, sehingga dia kembali sedar untuk diserahkan dengan selamat kepada ibunya yang kelihatan resah memandang dari jauh.

SINAR/Facebook

Tidak lama kemudian ibu anjing itu datang dan terus menggonggong anak kesayangannya ke tempat yang lebih selamat.

SINAR/Facebook

Berkat bantuan Arif, anak anjing itu telah selamat kembali ke pangkuan ibunya. Tindakan Arif mendapat pujian ramai yang wajar menjadi contoh dan inspirasi buat warga prihatin yang lain.

Syabas diucapkan dan terima kasih kerana telah menyelamatkan satu nyawa yang begitu berharga. 

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular