Pasti ramai sudah menonton video tular dua saudara perempuan cilik dari Brazil yang meniup lilin kek ulang tahun ke-3 si adik perempuan yang tiba-tiba menjadi adegan drama tarik menarik rambut dua beradik membuat ramai netizen pecah perut ketawa.

Masalah bermula apabila si adik yang menyambut hari jadi berusia 3 tahun, Maria Eduarda begitu teruja mahu meniup lilin di atas kek tema Disney yang cantik dan ceria penuh warna.

Twitter

Tetapi si kakak, Maria Antonia yang berusia 6 tahun turut berada di sebelahnya sambil menampilkan wajah iri hati dan pada saat berikutnya dia menghampiri kek itu dan meniup lilinnya.

Adik ini langsung tercengang dan terus naik angin lalu paling dramatik, rambut si kakak ditarik kerana dia sangat geram kerana hari istimewanya telah dirosakkan oleh si kakak yang kemudian membuat muka selamba tiada rasa bersalah.

Twitter

Netizen tidak dapat menahan ketawa melihat parti ulang tahun itu dicemarkan oleh si kakak yang sengaja menyakat adik kesayangannya.

Rakaman video yang sungguh melucukan apabila si adik memusingkan badannya dan sangat geram melihat wajah kakaknya mencebik muka dan spontan dia menarik rambut kakaknya itu dengan rasa marah panas hati.

Twitter

Kedua-duanya terus bertengkar dengan adegan tarik menarik rambut sehingga terpaksa dileraikan oleh ibu bapa dan saudara mereka yang lain.

Siapa yang tidak sedih pesta hari jadi si empunya badan dirosakkan oleh si kakak yang iri hati.

Si adik sangat tidak berpuas hati dengan kerja spontan kakaknya yang jahat. Tetapi Ibu bapanya menjelaskan sebenarnya hubungan kedua bersaudara ini amat baik dan mereka sudah pun berdamai.

Selepas itu, kedua-dua kakak dan adik ini telah diundang ke pelbagai rancangan hiburan ekoran populariti video lucu yang tular dengan lebih 30 juta tontonan netizen di seluruh dunia itu.

Mc Charles De Mesa/Facebook

Dalam satu rancangan hiburan di Brazil baru-baru ini, pihak produksi telah menyediakan kek hari jadi istimewa buat kedua-dua Maria ini dengan nyalaan 500 lilin khas demi memuaskan ketagihan adik-beradik itu untuk meniup lilin.

Mc Charles De Mesa/Facebook

Dan akhirnya mereka berdua amat berpuas hati dapat meniup lilin kek hari jadi sehingga keletihan, dan air dicincang tidak akan putus. Adik-beradik bergaduh sudah pasti akan berdamai akhirnya.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular