KINARUT – Pasangan suami isteri di sini dilaporkan terpaksa menunggu selama lima hari untuk mendapatkan keputusan ujian saringannya.

Manakala dua hari lagi untuk dia dan isteri kemudiannya dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Kes itu mula mendapat perhatian apabila lelaki itu, Zainuddin Abdul Khalic meninggalkan komen di laman Facebook peribadi Tan Sri Dr Noor Hisham bagi meminta bantuan.

Malaysiakini

“Tan Sri, saya dan isteri baru saja diberitahu positif COVID-19 setelah lima hari ujian swab. Tapi sekarang kami masih di rumah saja”, tulis Zainuddin.

Tambahnya, tiada pihak dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang datang mengambil mereka. Dia juga mengalami masalah kesukaran bernafas.

Zainuddin juga difahamkan telah pun menghubungi nombor yang telah disediakan khas untuk mengendalikan kes COVID di Sabah.

Namun tiada satu pun panggilannya dijawab. Dia juga sempat memberitahu bahawa dirinya sudah bergejala selama lapan hari.

Dr Noor Hisham kemudiannya membalas komen itu dengan meminta agar Zainuddin segera menghubungi pejabat kesihatan daerah (PKD) secepat mungkin.

Beliau turut meminta agar Zainuddin dan isterinya kekal berada di rumah. Difahamkan juga bahawa pasangan berkenaan telah pun dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Zainuddin juga sempat mengucapkan rasa terima kasih di atas tindak balas pantas oleh Dr Noor Hisham yang membalas komennya.

“Mungkin pada waktu itu para petugas tidak menang tangan untuk mengendalikan kes-kes yang naik secara mendadak”, katanya.

Tambah Zainuddin, anak-anaknya turut menjalani ujian saringan dengan bantuan petugas KKM dan kini berada di bawah jagaan sukarelawan sementara dia dan isteri menerima rawatan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular