Kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia yang kini menjadikan aktiviti jualan ataupun perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber rezeki utama.

Ini kerana ramai di antara kita tidak bernasib baik dan telah kehilangan pekerjaan dek kerana pandemik, menyebabkan mereka terpaksa bertukar profesyen.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Aiiman_zaid yang menunjukkan sebuah van yang menjual makanan.

@Aiiman_zaid

Ianya amat menarik perhatian ramai, di mana aktiviti jualan makanan yang menggunakan pembesar suara itu agak unik sebenarnya.

“Assalamualaikum. Saya jual apam balik, roti kukus, apam balik coklat, apam balik Milo, extra jagung kacang..”.

Anda boleh saksikan video penuhnya di bawah :

Unik bukan gaya promosi penjual tersebut? Ramai pengguna mengatakan bahawa ianya sungguh comel dan sopan.

@Aiiman_zaid

Penuh lemah lembut gayanya, bukan? Difahamkan lokasi penjual ini berniaga apam balik dan roti kukus adalah di sekitar Meru, Kapar dan Setia Alam.

Benarlah, di waktu sukar sebegini kita seharusnya memberi sokongan antara satu sama lain. Jangan lupa sokong dan beli produk peniaga tempatan ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular