Benarlah, keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang sedikit sebanyak ‘menekan’ masyarakat terutamanya jika mereka sendiri tidak mampu menyara keluarga.

Kadang kala, kesusahan begitu mendesak sehingga menyebabkan sesetengah individu terpaksa melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan baru-baru ini telah ditemui di dalam kotak di hadapan Surau Nurul Huda, Tanjong Karang, Selangor.

Bayi tersebut ditemui oleh ketua guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Mohd Maidin Abdul Rahim pada jam 7:15 pagi.

Lampin pakai buang, bedak serta tisu basah turut ditemukan bersama bayi itu di dalam kotak. Turut ditemui bersama adalah satu nota ringkas.

“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon siapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia”.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Jelas Mohd Maidin, dia yang dalam perjalanan ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan, perasan akan sebuah kotak berada di pintu pagar utama surau.

Menyangka ada orang yang membuang anak kucing, Mohd Maidin terkejut setelah melihat seorang bayi setelah menyelak kain yang menutupi kotak tersebut.

Dakwanya, bayi tersebut berkemungkinan ditinggalkan oleh seseorang selepas solat Subuh pada 25 Oktober lalu.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan pihaknya akan menyiasat lanjut mengenainya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular