Tidak dapat berjumpa dengan keluarga ternyata memberikan rasa hampa buat majoriti daripada kita.

Pada 24 Oktober lalu, lebih 50 orang rakyat Malaysia berkesempatan untuk melambai dan menyaksikan ahli keluarga mereka di Singapura dalam jarak dekat.

R&F Princess Cove 富力公主湾/Facebook

Kita sedia maklum bahawa pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini membatasi perjalanan merentas sempadan, termasuklah buat warganegara yang mencari nafkah di negara jiran.

Mereka difahamkan sudah beberapa bulan tidak dapat bertemu keluarga di Malaysia dan hanya menetap di Singapura sahaja pada masa terbabit.

R&F Princess Cove 富力公主湾/Facebook

Mengambil kira kerinduan yang dirasai, pihak R&F Princess Cove, Johor telah menganjurkan aktiviti di mana rakyat Malaysia dapat melihat orang tersayang daripada jarak dekat.

Ia dapat direalisasikan apabila rakyat Malaysia yang terlibat difahamkan menaiki kapal layar bagi melihat insan tersayang yang selama ini jauh di mata.

R&F Princess Cove 富力公主湾/Facebook

Menurut sumber, aktiviti ini berjaya menghimpunkan semula 20 buah keluarga dalam jarak yang dekat.

Turut kelihatan sepanduk yang diangkat oleh anggota keluarga di atas kapal layan dan juga ahli keluarga mereka di Woodlands Waterfront Park.

R&F Princess Cove 富力公主湾/Facebook

Antara tulisan yang kelihatan adalah seperti, “I Love You” dan “We Miss You”. Sebak dibuatnya, kasihannya..

Mana tidaknya, mereka tidak bersua dengan keluarga melebihi 200 hari dan terpaksa berada di negara asing. Ada yang sehingga mengalirkan air mata.

R&F Princess Cove 富力公主湾/Facebook

Berdasarkan laporan, rakyat Malaysia di Singapura termasuklah petugas barisan hadapan amat bersyukur dengan peluang menyaksikan ahli keluarga masing-masing.

Semoga pandemik ini segera berakhir, maka dapatlah mereka ini bersatu semula.. Sama-sama kita doakan ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular