Satu lagi kemalangan melibatkan Perodua Myvi dan Honda, satu-satunya penjelasan masuk akal adalah bahawa Myvi adalah kereta paling popular di kalangan rakyat Malaysia yang semua orang mampu miliki dan mungkin ia kenderaan hatchback paling tahan lasak.

Namun, tidak kira apa juga kereta yang anda miliki, kemalangan dapat dielakkan sekiranya anda pemandu berhemah di jalan raya, sentiasa peka dan berhati-hati memerhatikan laluan trafik serta mematuhi peraturan jalan raya, terutama ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

Kemungkinan Myvi terlibat dalam kemalangan adalah lebih tinggi daripada kenderaan lain mungkin perkara secara kebetulan atau mungkin terdapat sikap bermegah dalam diri pemandunya yang merasakan Myvi boleh membuli semua kereta.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Tetapi itu bukan alasannya kerana ia tidak adil buat pemandu Myvi yang berhemah di jalan raya.

Namun, perhatikan video Myvi dengan gerakan cuai stereotaip ini yang telah dikongsi oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter yang menunjukkan gerakan salah kereta popular itu telah menyebabkan berlaku kemalangan di persimpangan lampu isyarat. 

@redzuanNewsMPB/Twitter

Dalam video tersebut, dilihat ketika sebuah kereta Honda Jazz melepasi persimpangan lampu isyarat dengan laluan ke kanannya sudah bertukar merah, manakala pada ketika itu sebuah Myvi membuat pusingan U walaupun lampu isyarat menunjukkan tanda merah.

Boleh dikatakan kedua-dua pemandu telah bersalah dalam hal ini kerana telah melanggar lampu merah. Sekiranya Honda Jazz itu hendak terus bergerak ke hadapan, dia sepatutnya melalui lorong di sebelah kiri dengan perlahan sambil memerhatikan pergerakan kereta di hadapan dan belakang.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Tetapi apakan daya Myvi itu sedang dipandu dalam gerakan yang cuai apabila membuat pusingan ‘U’ yang tidak sepatutnya.

Akibatnya, Honda Jazz yang dipandu laju ketika lampu isyarat di laluan sebelah kiri berwarna hijau, tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengelak daripada dilanggar Myvi yang menyebabkan mereka bertembung. 

@redzuanNewsMPB/Twitter

Honda Jazz itu kemudian telah hilang kawalan lalu terus meluncur ke pinggir jalan dan terbalik. Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu Honda Jazz tersebut.

Dalam hal ini, tidak kiralah sama ada kita pemandu Myvi atau kenderaan lain, pastikan peraturan di jalan raya itu dipatuhi bagi memastikan keselamatan diri sendiri dan pengguna kenderaan lain demi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

@redzuanNewsMPB/Twitter

Malang tidak berbau, jangan sesuka hati mengambil peluang untuk melanggar peraturan jalan raya dengan menganggap jalan raya seperti litar lumba, drift atau rali yang luas kerana tindakan anda boleh mengakibatkan seseorang mungkin kehilangan nyawa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Automobil GAYA HIDUP

Video Popular