PARIS: Juara dunia MMA, Khabib Nurmagomedov, 32, mengumumkan sebuah berita yang mengejutkan apabila beliau mengatakan bahawa pertempurannya dengan Justin Gaethje merupakan pertarungan terakhirnya dalam sukan itu.

Khabib “the Eagle” Nurmagomedov/Facebook

Petarung dari Rusia itu mengumumkan berita tersebut selepas mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan petarung dari Amerika Syarikat itu. Dalam ucapannya selepas beroleh kemenangan, Khabib  turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwah bapanya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada Julai lalu.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tidak mungkin saya kembali ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.”

“Ibu saya tidak mahu saya bertarung tanpa ayah dan saya mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya dan itulah janji saya kepadanya,” katanya lagi.

Khabib “the Eagle” Nurmagomedov/Facebook

Pesaingnya sebelum ini, Conor McGregor dari Ireland, yang tewas pada 2018, adalah antara mereka yang paling awal mengucapkan tahniah kepadanya di atas kerjayanya.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi itu, Khabib berjaya menewaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua. Khabib kini bersara dengan rekod luar biasa iaitu 29 kemenangan tanpa kalah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN

Video Popular