Barangkali sudah berulang kali kita perlu mengatakan bahawa tiada kasih sayang begitu hebat yang dapat menandingi kasih ibu, tidak kira di kalangan manusia mahupun haiwan.

Rakaman tular momen menyentuh hati ini memaparkan tindakan nekad seekor ibu anjing jalanan berlari ke dalam sungai yang deras untuk menyelamatkan anak anjingnya yang terperangkap di dalam banjir besar yang berlaku di barat daya Sichuan, China.

Ibu anjing kepada lima anak itu pada mulanya didapati terperangkap setelah tempat tinggal sementara mereka dihanyutkan air pasang dalam kejadian hujan lebat dan banjir besar di wilayah itu.

Epoch Times/Facebook

Seorang lelaki penduduk tempatan mengambil inisiatif dengan berjaya menyelamatkan ibu anjing ini bersama empat ekor anaknya daripada dihanyutkan oleh air banjir dan sungai yang sudah melimpah ke daratan. 

Namun operasi menyelamatkan seekor anak anjing yang tinggal terpaksa dihentikan ekoran air sungai yang sudah semakin deras dan akan membahayakan nyawa penyelamatnya.

Epoch Times/Facebook

Setelah menyedari seekor anaknya yang lain telah hilang, ibu anjing ini menjadi panik dan tidak keruan untuk menyelamatkannya. 

Lalu dia dengan berani dilihat segera berlari kembali ke dalam sungai yang deras itu untuk mengambil sendiri baki anak kesayangannya.

Epoch Times/Facebook

Kejadian itu disaksikan penduduk tempatan dan merakam beberapa video yang dimuat naik di laman media sosial, yang mana kemudian menjadi topik hangat netizen di China yang kagum dan memuji tindakan ibu anjing ini sebagai ‘kekuatan kasih ibu yang luar biasa’.

Epoch Times/Facebook

Ketika seorang pegawai polis cuba untuk menghentikan ibu anjing ini daripada terus berlari dan terjun ke dalam air banjir yang sedang mengalir deras itu, nampaknya ia tidak menghalangnya daripada terus bertekad dengan naluri keibuannya untuk menyelamatkan anaknya yang sedang bertarung nyawa.

Epoch Times/Facebook

Rakaman video yang memperlihatkan ibu anjing ini penuh semangat tanpa mempedulikan nyawanya, gigih berenang ke arah anak anjing yang tersangkut di antara dahan dan ranting pokok sebelum berjaya menggongongnya kembali ke daratan menggunakan mulutnya, dengan selamat.

Epoch Times/Facebook

Kedengaran suara sorakan dan tepukan penduduk tempatan yang menyaksikan kejadian luar biasa itu, setelah melihat pasangan ibu bersama anaknya yang berani dan comel ini selamat kembali ke daratan dengan penuh kelegaan di hati.

Epoch Times/Facebook

Dimaklumkan selepas kejadian, kesemua anjing jalanan ini telah diadopsi oleh penduduk tempatan dan memberi mereka tempat perlindungan yang baik.

Epoch Times/Facebook

Pengajaran yang membuat kita menjadi insaf akan kekuatan kasih ibu. Ibu yang tidak peduli akan bahaya nyawa sendiri yang sedang dipertaruhkan ketika itu, namun dia tetap mahu melindungi anak-anaknya dengan sanggup berkorban apa sahaja.

Epoch Times/Facebook

Tubuh ibu anjing ini kecil sahaja tetapi kekuatan dan keberaniannya demi memastikan keselamatan anak-anak terus terjamin amat luar biasa.

Epoch Times/Facebook

Sememangnya kasih sayang ibu itu amat luar biasa, tidak kira ibu kepada manusia atau haiwan, yang wajar dihormati setiap masa.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular