Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM11,000 selepas rantai emas yang dimiliki sejak hari perkahwinannya diragut berdekatan dengan rumahnya di Kluang, Johor pada pagi 22 Oktober lalu.

Wanita berkenaan, B Nagamah, mendakwa bahawa insiden itu terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas singgah ke rumah jirannya.

Info Roadblock JPJ/POLIS /Facebook

“Selepas membuang sampah, saya ke rumah jiran yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah saya.

“Kira-kira 15 minit kemudian, ketika dalam perjalanan balik, tiba-tiba sebuah motosikal berhenti sebelum pemboncengnya turun dan terus menanggalkan rantai leher dan menolak saya,” katanya.

Dalam temubual dengan Harian Metro, Nagamah memberitahu bahawa pada mulanya dua orang suspek yang menaiki motosikal itu hanya berlegar-legar di hadapan rumahnya, namun Nagamah langsung tidak mengesyaki bahawa kedua orang suspek itu akan melakukan jenayah.

Utusan Malaysia

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lengan dan kakinya itu turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengecam wajah penjenayah berkenaan kerana insiden itu berlaku dengan terlalu pantas dan suspek juga menggunakan topi keledar yang menutup muka.

fbcdn.net

Sementara itu, anak mangsa yang berusia 45 tahun, S Santhi, memaklumkan bahawa dia menerima panggilan daripada anaknya yang memberitahu tentang insiden yang berlaku sebelum dia bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya yang berdekatan dengan kediaman ibunya.

“Mujur jiran ada kamera litar tertutup (CCTV) dan berjaya merakamkan kejadian.

“Saya berharap penjenayah dapat diberkas. Laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejurus selepas kejadian, semalam,” katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular